Wednesday, 30 November 2011

KELEBIHAN BULAN MUHARAM

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah) yang telah diasaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab..

Antara hari yang penting dalam bulan ini ialah 10 Muharram yang juga dikenali sebagai Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

1. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2. Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6. Allah menjadikan 'Arasy.
7. Allah menjadikan alam.
8. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Friday, 25 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH

Dua hari lagi, kita akan melangkah ke tahun baru hijrah. Panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua.  Antara amalan yang digalakkan ialah membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah. 

1- Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



2- Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.



Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Sumber : Mutiara Hikmah


Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…



Monday, 21 November 2011

SELAMAT BERCUTI

Salam...cuti sekolah datang lagi.. Pastinya cuti ini amat dinantikan oleh semua pelajar setelah setahun penat belajar. Semua pelajar mesti bergembira apabila cuti sekolah ini tiba.  Tak kiralah sama ada berada di kota ataupun di desa, cuti panjang ini harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.  Jadikan cuti kali ini, yang terbaik yang pernah pelajar-pelajar ada. Jaga diri masing-masing & jangan terlibat dengan kegiatan yang tidak berfaedah... Semoga berjaya.

Sunday, 13 November 2011

SEMOGA BERJAYA SPM 2011

Salam...Esok 14 November 2011...semua pelajar tingkatan 5 akan mula menduduki Peperiksaan SPM 2011...Didoakan semoga kalian berjaya menjawab dan seterusnya akan memperolehi keputusan yang cemerlang.




Di bawah ini ada panduan / doa yang boleh diamalkan sepanjang musim peperiksaan ini.



1-Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

2- Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”


Dipetik dari :
http://wajaterengganu.blogspot.com

Saturday, 12 November 2011

HARI ANUGERAH KUALITI & KECEMERLANGAN 2011

Syukur Alhamdulilah....Hari ini dalam sejarah. Tarikh keramat 11.11.11 adalah tarikh penting & terindah bagi seluruh warga SMKTTJ. Pada tarikh ini satu majlis yang amat dinanti oleh seluruh warga sekolah iaitu Hari Anugerah Kualiti & Kecemerlangan 2011 telah dapat dilangsungkan dengan jayanya.. Hari Anugerah & Kecemerlangan ini merupakan hari untuk menghargai setiap warga sekolah dan juga komuniti yang telah menyumbang tenaga & menaikkan nama sekolah di dalam pelbagai bidang.


Antara aturcara majlis yang dilangsungkan:
7.30 pagi - Ketibaan para pelajar
8.00 pagi - Pendaftaran penerima anugerah & kehadiran ibu bapa
8.30 pagi - Ketibaan jemputan khas
9.30 pagi - Ketibaan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar N. Sembilan
9.40 pagi - Nyanyian lagu Negaraku
               - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
               - Bacaan Doa
               - Ucapan Tn Omar Bin Ahmad (Pengetua SMKTTJ)
               - Ucapan Perasmian (YAB Menteri Besar N. Sembilan)
               - Perasmian Laman Web SMKTTJ
               - Penyampaian Anugerah
               - Penyampaian Anugerah Tertinggi Kualiti
               - Penyampaian Cenderahati
               - Melawat gerai pameran
               - Jamuan
              -  Majlis Bersurai.


Pihak panitia ingin mengucapkan syabas & tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah samada Penerima Anugerah Kurikulum, Anugerah Hal Ehwal Murid mahupun Anugerah Kokurikulum.


Tahniah buat semua guru yang mendapat anugerah. Antara mereka yang berjaya :
1- Pn. Embun Eli (Anugerah Pengurusan Kelas Cemerlang)
2- Pn. Moganambal A/P Munusamy (Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum (P), Anugerah Khas Juri Kokurikulum)
3- En. Shahrulnizam bin Abd Rahim (Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum (L)
4- Pn. Jarayah Jais (Anugerah Badan Beruniform Cemerlang- Pengakap)
5- Cik Chitradewi (Anugerah Kelab Permainan Cemerlang- Hoki)
6- En. Paramasivam A/L Velaudan (Anugerah Kelab & Persatuan Cemerlang- PRS)
7-Pn. Yusrina Hanim Mohd Yunus (Anugerah Guru Dedikasi, Anugerah Cemerlang Bilik-bilik Khas)
8-Pn. Rohayu Mustafa (Anugerah Guru Dedikasi)
9- Pn. Sabariah Seman (Anugerah Guru Inovatif)
10- En. Rais Yusof (Anugerah Khas Juri HEM)
11- Pn. Asyirah Haji Zakaria (Anugerah Khidmat Cemerlang)
12- Pn. Hjh Zaleha Bt Siran (Anugerah Khas Jasamu Dikenang)


Semoga dengan anugerah ini akan menjadi satu inspirasi untuk terus cemerlang di masa mendatang. Sesungguhnya kecemerlangan ini adalah milik kita bersama....Syabas & tahniah semua....




Saksikan detik bersejarah hasil suntingan lensa smkttj..
http://lensasmkttj.blogspot.com/




Bacaan Doa & ucapan-ucapan :

 

 Merasmikan laman web sekolah
 Penyampaian hadiah kepada Penerima Anugerah



  

Merakamkan gambar kenangan...Terima kasih YB...

Saturday, 5 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Salam... kesempatan ini pihak panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam khususnya warga SMKTTJ..


Sebagai perkongsian ilmu ...mari kita hayati sejarah penting di sebalik hari raya Aidil Adha ini atau juga kita kenali sebagai Hari Raya Korban.

Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Pengenalan Hari Raya

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Sumber: Wikipedia & http://terbaru2010.com