Sunday 12 August 2012

PROGRAM TADARUS PEMBUDAYAAN AL QURAN DAN TADARUS PERDANA KOMUNITI TTJ

Syukur dengan kehadratNya majlis yang dirancang sebelum ini berjaya dilaksanakan pada tarikh 8 Ogos 2012. Program yang julung kalinya diadakan berlainan sekali kerana program kali ini diadakan serentak di beberapa lokasi lain iaitu di SK Taman Tuanku Jaafar, SK Taman Tuanku Jaafar 2 dan di SMK Senawang. Program yang dihubungkan melalui Skype ini dibantu oleh pihak Cosmopoint, Seremban.

Antara objektif program adalah :
1-Menanamkan kesedaran akan kepentingan membaca Al-Quran
2-Menjadikan  pembacaan Al-Quran sebagai suatu budaya hidup
3-Menanamkan sikap suka sedekah di kalangan komuniti
4-Menjalin  dan Mengeratkan hubungan seluruh komuniti

Aturcara program :
5.00 petang - Pelajar dan guru mengambil tempat
5.15 petang - Sesi temubual antara lokasi
5.30 petang - Majlis Khatam Al Quran dan Tahlil Arwah
6.30 petang - Sesi temubual antara lokasi
7.25 malam - Berbuka Puasa
7.50 malam - Solat Mahgrib
8.10 malam - Sesi temubual antara lokasi
8.45 malam - Solat Isyak, tarawikh dan witir
9.45 malam - Ucapan Perasmian
10.00 malam - Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri
10.30 malam - Sidang Konferensi

















Thursday 2 August 2012

IHYA RAMADHAN 2012

Ramadhan datang lagi ....pelbagai program telah disusun oleh Panitia Pendidikan Islam agar Ramadhan kali ini dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah....lihat sahaja kain rentang yang digantung di pagar masuk sekolah...