Antara objektif lawatan adalah :
1- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang prosedur perbicaraan di mahkamah.
2- Pelajar dapat mengetahui bidang kuasa Mahkamah Syariah.
3- Pelajar dapat mengetahui kes-kes Mal dan jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan seperti berikut khususnya semasa hari kedua (15 Jun 2011):
7.45 pagi - Taklimat oleh guru pengiring (Us. Rafeah)
8.00 pagi - Menaiki bas menuju ke Mahkamah Syariah.
8.20 pagi - Sampai di mahkamah
8.30 pagi - Sarapan pagi (disediakan oleh pihak mahkamah)
8.45 pagi - Taklimat oleh En. Suhaizad Bin Saifudin (Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syariah)
10.00 pagi - Pelajar dan guru diberi peluang menyaksikan perbicaraan kes-kes mal terutama permasalahan dalam rumahtangga (antaranya permohonan talak, fasakh, poligami, tuntutan nafkah anak dan tuntutan harta faraid).
12.00 tengahari - Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kenangan-kenangan.
12.30 tengahari - Bergerak pulang ke SMKTTJ.
Mari kita saksikan gambar kenang-kenangan sepanjang lawatan ilmiah ini :
Taklimat Ustazah Rafeah : " Setiap orang pelajar perlu membuat laporan..."
Baru sampai ....sebelum masuk ke mahkamah...sempat berposing depan mahkamah.
Pelajar lelaki turut serta menyertai rombongan ini...
Alhamdulillah dapat juga menikmati sarapan.....
Mendengar taklimat daripada Pegawai Penyelidik, En. Suhaizad
Taklimat tentang Mahkamah Syariah, fungsi dan sebagainya....
En. Suhaizad.... terima kasih di atas informasi yang sangat berguna...
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada Ketua Panitia kepada Yang Arif Tn Mohd Syukor bin Sabudin, Ketua Hakim Syariah Negeri Sembilan.
Gambar kenangan- semua guru dan peserta lawatan...
Hadiah SMKTTJ kepada pihak mahkamah - plug daripada Bidang Kemanusiaan.
Hadiah pihak Mahkamah kepada semua pelajar...Syukran Jazila
No comments:
Post a Comment