Friday, 30 September 2011

MUNAJAT KECEMERLANGAN PMR / SPM

Syukur....Buat pertama kalinya program Munajat Kecemerlangan PMR / SPM telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Masjid Tuanku Jaafar, Taman Tuanku Jaafar pada malam 29 September bermula 7.00 malam hingga 10.00 malam.

Aturcara program seperti berikut :

7.00 pm           - Kehadiran Pelajar & Jemputan
7.20 pm           - Solat Magrib Berjemaah
7.35 pm           - Bacaan Yasin dan Doa (Pimpinan  : Imam Masjid TTJ)           
8.25 pm           - Solat Isyak Berjemaah
8.35 pm           - Solat Hajat
8.45 pm           - Tazkirah & motivasi kecemerlangan (Oleh : Imam Muda Fatah)
9.30 pm           - Jamuan dan bersurai















Gambar koleksi lensa &  blog 5 UIA..terima kasih.


MAJLIS RESTU ILMU PMR / SPM

Pada 29 September baru-baru ini telah berlangsung acara restu ilmu khas untuk calon PMR dan SPM 2011.  Majlis pada pagi itu dimulakan dengan sedikit motivasi oleh jemputan khas Imam Muda Ahmad Azran b Ahmad Kamal.

Majlis diteruskan dengan perasmian majlis tersebut iaitu oleh YB Senator Dato' Mohammad Najeeb bin Abdullah, Ahli Senator Dewan Negara.  Walaupun keadaan mula panas, YB begitu bersemangat memberi dorongan dan semangat dengan harapan ianya akan menjadi pembakar semangat semua calon PMR dan SPM untuk memperoleh yang terbaik dalam peperiksaan masing-masing.



Kemuncak program tersebut semua pelajar PMR/ SPM bersalam-salaman dengan semua guru memohon restu dan semua pelajar tersebut mendapat hadiah yang berupa set alatulis daripada Unit Bimbingan & Kaunseling.


Semoga dengan program ini dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak didik PMR/SPM....


Pihak panitia Pend. Islam mengucapkan syabas kepada semua...










Sunday, 25 September 2011

MAJLIS JALINAN MESRA AIDILFITRI

Syabas....kepada Unit HEM dan Kelab Guru kerana berjaya menganjurkan Program Jalinan Mesra AidilFitri pada 23 September yang lalu...Program yang buat pertama kali diadakan ini amat menarik hati semua warga SMKTTJ terutama para pelajar. Semua pelajar dibenarkan berpakaian raya...dan dihidang dengan hidangan yang begitu lazat.


Majlis pada pagi itu dimulakan dengan Program Bina Insan (Bacaan Yasin, Solat Taubat & Solat Hajat), seterusnya Ceramah Motivasi untuk semua pelajar.


Lebih kurang 9.30 pagi YB Tuan Khairy Jamaludin Abu Bakar selaku Ahli Parlimen Rembau telah hadir memberi ucapan seterusnya merasmikan program tersebut....Majlis diteruskan dengan acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara pelajar dan warga pendidik SMKTTJ serta sesama rakan guru.  


Seterusnya semua hadirin dapat menikmati pelbagai juadah..Terima kasih semua













Wednesday, 21 September 2011

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada tahun ini sekali lagi Bidang Kemanusiaan menganjurkan Program Titian Merdeka sempena sambutan bulan kemerdekaan dan minggu kemanusiaan. Ianya telah berlangsung dari 15 Ogos hingga 19 September 2011 dengan diisi pelbagai aktiviti berfaedah disediakan oleh setiap Panitia di bawah Bidang Kemanusiaan ini.

Perasmian Penutupan Program Titian Merdeka ini telah dilakukan dengan rasminya oleh Encik Rosni bin Haji Pilus, Penolong Pegawai Pendidikan daerah Seremban pada pagi 19 September.

Antara persembahan yang menyentuh perasaan ialah teater kemerdekaan oleh pelajar tingkatan 4 UPM, diikuti nyanyian lagu patriotik dan sajak oleh kelas  pendidikan Khas Nur Kasih dan nyanyian oleh pelajar  sekolah.

Acara kemuncak ialah Penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan sepanjang bulan kemanusiaan.



Di sini Panitia ingin mengucapkan syabas kepada semua pemenang terutama pemenang aktiviti yang dianjurkan oleh panitia seperti di bawah :
Meminjam gambar koleksi Lensa : Saat yang dikenang....










Tuesday, 13 September 2011

AMALAN ZIARAH MENZIARAHI






Ramadan yang mulia sudah pun berlalu. Umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan menjalani ibadah puasa. Lazimnya di musim perayaan, ziarah-menziarahi adalah amalan yang akan dilakukan bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga dalam masyarakat lain, terutama sekali dalam mengunjugi rumah terbuka.

Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah lagi di musim Aidilfitri. Aidilfitri membuka ruang kepada kita untuk mengaplikasikan ajaran Islam mengenai konsep berkenal-kenalan (lita’arafu) dan mengeratkan silaturahim. Sekolah Ramadan yang dilalui telah mengajar dan mendidik hati untuk sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.

Puasa mendidik hawa nafsu, mengajar untuk sentiasa menginsafi nikmat yang diterima dan juga berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengutip pahala daripada amalan-amalan sunat, sedekah dan lain-lain.

Justeru, hari kemenangan menunaikan ibadah ini disambut dalam semangat mengajak manusia kembali pada fitrah dan kembali kepada kebaikan.

Jika pada bulan Ramadan manusia berusaha untuk menambah pahala amalan berpuasa, mengapa tidak di hari lebaran semangat itu dipanjangkan dengan amalan ziarah-menziarahi? Amat menyedihkan sekiranya amalan ini tidak diteruskan hanya dengan alasan terlalu sibuk dan tidak sempat untuk mengunjungi saudara mara dan rakan taulan.

Bagi remaja, kadangkala mereka lebih suka menonton rancangan-rancangan di televisyen daripada melakukan ziarah. Tambah malang lagi, jika ibu bapa sendiri tidak menggalakkan atau mengajak anak-anak mereka untuk menziarahi sanak-saudara.

Akibatnya, ikatan persaudaraan menjadi longgar dan silaturahim tidak terjalin. Keluarga akan membesar dalam sikap mementingkan diri sendiri dan tidak pedulikan tentang orang lain selagi tidak menyusahkan mereka. Ini antara lain, menggalakkan bibit-bibit perpecahan sesama umat Islam yang pada dasarnya amat menggalakkan amalan jemaah dan bersatu padu.

Mahabbah dan ukhuwah (ikatan persaudaraan) terjalin apabila ziarah dilakukan. Anak-anak mendekati ibu bapa, yang muda ingat pada si tua, kawan sekerja mengenang teman seperjuangan, orang sihat menziarahi yang sakit, yang kaya menziarahi si miskin, dan jiran tetangga kunjung-mengunjungi.

Ziarah membawa kegembiraan kepada mereka yang diziarahi, terutamanya orang tua, warga miskin, anak yatim dan yang terpaksa merayakan perayaan di dalam keadaan yang serba kekurangan. Bayangkan jika kita sudah berumur dan tidak berdaya, tinggal keseorangan menyambut hari lebaran, tentunya kita mengharapkan ada orang yang sudi melawat dan bertanyakan khabar. Sekurang-kurangnya menjadi pengubat kesepian.

Ziarah Syawal memberi peluang kepada manusia untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim. Perhubungan yang terputus dapat ditaut kembali, saudara mara berkesempatan mengenali satu sama lain dan ikatan yang sedia erat akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran si penziarah. Anak-anak yang mencari rezeki di kota harus pulang ke desa untuk meneruskan amalan ziarah-menziarahi supaya tidak lupa akan asal-usul masing-masing.

Dalam erti kata lain, amalan ini juga memberi ruang untuk manusia supaya menginsafi diri dan tidak hanya bersikap individualistik. Kehidupan setiap insan tidak sama, dan perbezaan taraf kehidupan kadangkala memberi impak kepada persepsi manusia. Namun begitu, persepsi tidak sepatutnya membolehkan orang yang berada melupakan si miskin, yang sihat tidak terkenangkan yang sakit dan apatah lagi yang muda melupakan si tua. Perasaan takbur dan sombong harus dibuang jauh-jauh kerana manusia harus sedar bahawa setiap nikmat yang dimiliki adalah anugerah Allah yang patut disyukuri dan dikongsi bersama.

SUMBER : HALAQAH.NET.