Antara tujuan program ini adalah untuk :
1- Membentuk sahsiah yang positif di kalangan ahli BADAR
2- Meningkatkan keyakinan diri di kalangan ahli-ahli BADAR untuk menjadi pemimpin yang baik di sekolah.
3- Mewujudkan sikap bekerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli BADAR.
Sepanjang 3 hari 2 malam ini pelajar-pelajar dikendalikan oleh barisan fasilator yang berpengalaman iaitu pelajar-pelajar Tingkatan 6 (STAM) Maahad Ahmadi Gemencheh. Di sana mereka telah didedahkan dengan pelbagai pengisian yang banyak manfaatnya antaranya :
1- Solat Berjemaah setiap waktu (zikir munajat, bacaan Almathurat)
2- Sesi Taaruf & Ice breaking
3- Slot Tazkirah (Pengurusan masa, Tazkiyah An-Nafs, Adab Pergaulan)
4- Slot Ceramah (Tugas & Amanah Allah sebagai Khalifah Allah, Akhlak Pemimpin, Peranan Badar di sekolah)
5- Slot Bengkel (Kesempurnaan solat & Tugas Imam, Bacaan wirid selepas solat, azan & iqamat, Pengurusan Usrah, Kemahiran Public Speaking)
6- Kembara Malam
7- Qiyamullail
6- Sesi Muhasabah & resolusi.
Semasa majlis penutup, turut hadir ialah Tuan Pengetua SMKTTJ, Tn Omar bin Ahmad. Dalam ucapannya beliau amat berharap BADAR dapat berperanan aktif di SMKTTJ dalam mewujudkan Biah Hasanah (Iklim yang baik). Pengalaman BADAR di SMK Jelai Felda yang dikongsi bersama Ustaz Rizal Kamis diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada peserta yang hadir dan semua guru Pendidikan Islam.
Mengakhiri program semua peserta dihiburkan dengan alunan nasyid & persembahan qasidah dari pelajar-pelajar SMK Jelai Felda. 2 orang pelajar telah dinobatkan sebagai peserta terbaik iaitu Amir Ehsan bin Mohd Halimi ( 3UIA) dan Nurul Asyikin (4 UKM). Tahniah diucapkan.
Sekalung penghargaan & ucapan terima kasih kepada :
Tuan Pengetua
Guru-guru Penolong Kanan
Pengetua Maahad Ahmadi Gemencheh
Ustas Rizal Kamis (Guru Cemerlang P. Islam - SMK Jelai (F)
Guru-guru Panitia Pendidikan Islam
Barisan Fasilitator
Peserta Nadwah Kepimpinan
Semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment