Saturday, 26 May 2012

KURSUS SIMULASI HAJI 2012

Alhamdulillah Kursus Simulasi Haji dan Umrah tahun 2012 telah dapat dilaksanakan seperti ketetapan di bawah dengan jayanya :
Tarikh  : 24 Mei 2012( Khamis)
Masa      : 7.30 pagi – 1.10 petang
Tempat : Surau Al-Husna & Padang sekolah
Penyertaan Pelajar : 170 (Pelajar Ting 5 dan 4 telah hadir)


Antara Objektif Program ini adalah :
1- Melahirkan individu muslim berkualiti yang dapat melaksanakan seluruh rukun Islam
2- Menyediakan pelajar dengan ilmu-imu teori dan praktikal ibadah haji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan dan amalan dalam kehidupan.
3- Mendedahkan kepada para pelajar dengan ilmu-ilmu tambahan berkaitan  ibadah haji sebagai persediaan menjadi mukmin yang cemerlang.
4- Melahirkan individu pelajar yang beriman dan berakhlak mulia sejajar dengan aspirasi wawasan pendidikan negara.

Aturcara Program pada hari tersebut seperti di bawah :

Masa
Aktiviti
Tempat
7.20 pagi
Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk  catatan kehadiran
Tapak perhimpunan
7.40 pagi
Pelajar bergerak ke Surau Al Husna / Pendaftaran
Surau AlHusna
8.00 pagi
Sesi 1- Ceramah / Teori Haji & Umrah
Penceramah – Tn Haji Muslal bin Rakiman (Penceramah Tabung Haji)
Surau AlHusna
10.15 pagi
Rehat
Kantin
10.45 pagi
Sesi 2- Amali / Simulasi Haji
Padang Sekolah
12.45 petang
Refleksi
Surau AlHusna
1.00 petang
Majlis Penutupan
Surau AlHusna
1.10 petang
Bersurai


Mari kita saksikan detik bersejarah jemaah haji smkttj ...



Pelajar mendaftarkan diri di luar Surau AlHusna









Sesi 1 -Ceramah Teori




Sesi 2 - Amali
 Tunjukcara pemakaian kain ihram




 

 Bersiap sedia untuk ke Arafah






 
  

 Meneruskan perjalanan ke Muzdalifah




 Mengutip anak batu di Muzdalifah

 Sampai di Mina....melontar di Jamrah (Aqabah, Ula, Wusta)



 Meneruskan perjalanan....Tawaf rukun di Baitullah.. 

 




 


 



 Mengerjakan rukun akhir....Berjalan (Sai) antara bukit Safa dan Marwah



Kemuncak program...semua peserta diuji dengan Ujian Kefahaman bertulis




 Pelajar yang berjaya diberi cenderahati oleh pihak tabung haji

  



Pihak sekolah juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih khususnya Tn Haji Muslal Bin Rakiman di atas kesudian menyampaikan ceramah (teori dan amali)...Terima kasih juga kepada pihak Lembaga Urusan & Tabung Haji Seremban di atas kerjasama menjayakan program ini... Jazakumullah khairan kathira..

No comments:

Post a Comment