Semua peserta dan guru pengiring berpeluang mendengar Slot Gemilang Teknik Menjawab PMR Pend. Islam dan berpeluang berbengkel dan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. Semua slot dikendalikan dengan jayanya oleh lima orang fasilitator terpilih terdiri daripada Guru Cemerlang dan Ketua Pasukan PMR diketuai oleh Ustaz Syed Zulkarnain (SMAP Labu). Semoga program ini banyak manfaatnya dalam menaikkan peratus kecemerlangan dan kelulusan mata pelajaran Pendidikan Islam di setiap sekolah.
Kepada peserta SMKTTJ iaitu Mohd Suhaidi (3UUM, Mohd Mirza (3UUM) dan Mohd Shahrul (3UiTM) pergunakanlah ilmu yang ada untuk memperbaiki kelemahan diri dan berkongsilah ilmu dengan rakan yang lain. InsyaAllah kita akan berjaya cemerlang.
Ustaz Syed Zulkarnain berkongsi ilmu dengan peserta..
Barisan pelajar SMKTTJ yang hadir..
No comments:
Post a Comment