Sunday 22 April 2012

KURSUS SEMBELIHAN



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana satu lagi program anjuran Panitia Pendidikan Islam telah berlangsung dengan jayanya.. Program Sembelihan yang diadakan ini adalah hasil kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)...Program telah diadakan seperti ketetapan di bawah :


Tarikh : 19 April 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi - 1.45 petang
Tempat : Dewan Sri Budiman (Sesi Ceramah & Teori)
Padang SMKTTJ ( Sesi Praktikal /Amali Sembelihan)
Penyertaan : Semua pelajar Islam tingkatan 4 (lebih kurang 230 telah hadir)

Antara Objektif diadakan program ini adalah untuk :
1- Memberi pendedahan kepada pelajar perkara-perkara yang berkaitan dengan sembelihan yang merupakan tajuk dalam sukatan pelajaran tingkatan 4.
2- Mempraktikkan cara-cara sembelihan yang betul dan sah menurut syariat Islam
3- Mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan halal di sisi syarak.
4- Memahami dan mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
5- Memahami dan dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan sembelihan.

Kursus ini berjaya dilaksanakan sebagaimana yang dirancang, iaitu :

7.30 pagi - Pendaftaran pelajar
8.00 - 8.30 pagi - Taklimat Program (oleh Pn. Rafeah Mohd Yusof- Ketua Panitia)
8.30 - 9.00 pagi - Slot Ceramah 1- Akhlak Runtuh Tamadun Jauh (Penceramah : Cik Nurul Hidayah bint Mat Sarip, Kaunselor Pelatih Pusat Kaunseling MAINS)
9.15 - 10.30 pagi - Slot Ceramah 2  & 3- Ceramah : 1- Makanan Halal 1 Perkongsian & 2 - Sembelihan Mengikut Syarak (Penceramah : En Kamarul Nizar Bin Idris, Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM)
10.30 - 10.35 - Penyampaian Cenderamata
10.30 - 11.00 pagi - Rehat
11.00 - 12.30 pagi - Praktikal Sembelihan ( Bimbingan Pegawai MAINS & JAKIM)
( sebanyak 40 ekor ayam disediakan, namun hanya 29 ekor sahaja yang dapat disembelih mengikut syariat).
12.30- 1.30 petang- Acara Memasak (oleh Guru, Pekerja Pejabat & Swasta, pelajar)
1.30 - 2.00 petang - Jamuan dan majlis bersurai.

Pihak pengurusan dan panitia amat berharap program ini dapat memberi pendedahan kepada semua , memahaminya dan seterusnya dalam melaksanakan ibadat sembelihan menurut syariah yang sebenarnya. Semoga dengan program sebegini dapat diteruskan pada masa mendatang...dan ianya dijadikan acara tahunan panitia.

Terima kasih sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sebahagian gambar kenangan di hari kejadian :

 Pelajar tingkatan 4 mendaftar untuk menghadiri program
 Slot Ceramah 1- Remaja & Kehidupan (Penceramah : Pegawai MAINS

 Slot Ceramah 2 - Ceramah Halal JAKIM & Teori Sembelihan (Penceramah : En Kamarul Nizar Bin Idris, Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM)




 Sebahagian pelajar dalam Dewan Sri Budiman
 Sekalung penghargaan kepada penceramah kita

40 ekor ayam siap untuk disembelih
Sembelihan pertama....sah.
Pelajar turut menyembelih..

 Praktikal Sembelihan ( Bimbingan Pegawai MAINS & JAKIM)







 Acara Memasak (oleh Guru, Pekerja Pejabat & Swasta, pelajar)






Rezeki untuk kita...gulai lemak ayam...