Sunday 30 September 2012

KLINIK PMR 2012

Antara program kecemerlangan PMR tahun ini adalah klinik PMR....Program kali ini terbahagi kepada dua sasaran kumpulan iaitu "nearmiss cemerlang" dan "nearmiss lulus".

Bagi subjek Pendidikan Islam pelajar-pelajar dibantu untuk menjawab soalan berdasarkan peraturan permarkahan yang betul seterusnya mereka meningkatkan kemerlangan dalam peperiksaan nanti..


MUNAJAT KECEMERLANGAN PMR SPM 2012

Syukur ke hadrat Ilahi sekali lagi Majlis Munajat Kecemerlangan PMR & SPM dapat diadakan dengan jayanya di Masjid Taman Tuanku Jaafar. Majlis yang bermula seawal 6.30 petang Khamis 27 September 2012 yang lalu.


Aturcara program seperti berikut :

7.00 pm           - Kehadiran Pelajar & Jemputan
7.20 pm           - Solat Magrib Berjemaah
7.35 pm           - Bacaan Yasin dan Doa (Pimpinan  : Imam Masjid TTJ, Tn Haji Madah bin Ilong)          
8.25 pm           - Solat Isyak Berjemaah
8.35 pm           - Solat Hajat
8.45 pm           - Tazkirah & motivasi kecemerlangan (Oleh : Ustaz Mohd Hafizi bin Mohamad Ali, Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam)
9.30 pm           - Jamuan dan bersurai









Saturday 29 September 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN SEKTOR AKADEMIK JPNS

Pada 25 September 2012 yang lalu, satu lagi program kecemerlangan Sektor Akademik Pendidikan Islam, JPNS diadakan di SMK Seremban Jaya 2...Lebih kurang 80 orang pelajar sekitar daerah Seremban hadir ke program ini. Fokus kali ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar PMR ini mencapai kecemerlangan dalam subjek Pendidikan Islam..Tiga orang fasilitator telah hadir untuk memberi ceramah, seterusnya mengendalikan bengkel.






Monday 17 September 2012

MAJLIS JALINAN MESRA AIDIL FITRI 2012

Pada 14 September (Jumaat) yang lalu sekali lagi satu majlis untuk meraikan Aidil Fitri diadakan oleh pihak sekolah iaitu Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri.


Program dimulai pada 7.15 pagi dengan aktiviti baca surah yasiin , diikuti solat dhuha dan solat hajat. Seterusnya para pelajar diberikan sedikit tazkirah pagi bagi memenuhi ruang waktu sementara kehadiran tetamu undangan. Tepat 9.30 pagi tetamu istimewa iaitu yang Berbahagia Dato Firdaus Harun ( Bekas ahli Parlimen Rembau) telah  hadir. Selain itu turut hadir Encik Hafis dan Encik Faisal dari Cosmopoint, Encik Mana dan Encik Asri Ninggal dari Maybank, Encik Aminuddin dari SKF, Cif Inspektor Jusman dari Balai Polis Senawang serta para tetamu kehormat lain yang berbesar hati meluangkan masa dalam majlis kami.

Tahniah kepada pihak penganjur khususnya Kelab Guru & Staf.