Pada 14 September (Jumaat) yang lalu sekali lagi satu majlis untuk meraikan Aidil Fitri diadakan oleh pihak sekolah iaitu Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri.
Program dimulai pada 7.15 pagi dengan aktiviti baca surah yasiin , diikuti solat dhuha dan solat hajat. Seterusnya para pelajar diberikan sedikit tazkirah pagi bagi memenuhi ruang waktu sementara kehadiran tetamu undangan. Tepat 9.30 pagi tetamu istimewa iaitu yang Berbahagia Dato Firdaus Harun ( Bekas ahli Parlimen Rembau) telah hadir. Selain itu turut hadir Encik Hafis dan Encik Faisal dari Cosmopoint, Encik Mana dan Encik Asri Ninggal dari Maybank, Encik Aminuddin dari SKF, Cif Inspektor Jusman dari Balai Polis Senawang serta para tetamu kehormat lain yang berbesar hati meluangkan masa dalam majlis kami.
Tahniah kepada pihak penganjur khususnya Kelab Guru & Staf.
Syabas....kepada Unit HEM dan Kelab Guru kerana berjaya menganjurkan Program Jalinan Mesra AidilFitri pada 23 September yang lalu...Program yang buat pertama kali diadakan ini amat menarik hati semua warga SMKTTJ terutama para pelajar. Semua pelajar dibenarkan berpakaian raya...dan dihidang dengan hidangan yang begitu lazat.
Majlis pada pagi itu dimulakan dengan Program Bina Insan (Bacaan Yasin, Solat Taubat & Solat Hajat), seterusnya Ceramah Motivasi untuk semua pelajar.
Lebih kurang 9.30 pagi YB Tuan Khairy Jamaludin Abu Bakar selaku Ahli Parlimen Rembau telah hadir memberi ucapan seterusnya merasmikan program tersebut....Majlis diteruskan dengan acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara pelajar dan warga pendidik SMKTTJ serta sesama rakan guru.
Seterusnya semua hadirin dapat menikmati pelbagai juadah..Terima kasih semua