Showing posts with label Pemantapan Akidah. Show all posts
Showing posts with label Pemantapan Akidah. Show all posts
Saturday, 16 March 2013
PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH KELAS KRK
Pada 1 hingga 3 Mac 2013 (Jumaat hingga Ahad) baru-baru ini telah diadakan satu program kerohanian khususnya pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) tingkatan 3 iaitu Program Pemantapan Akidah & Motivasi Remaja Islam. Program yang diadakan di Pusat Ko-kurikulum Rembau telah melibatkan seramai lebih kurang 85 orang. Program julung kali diadakan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, BADAR dan Sekretariat mahasiswa/siswi Timur Tengah dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk membentuk suatu pendekatan agama yang sesuai dalam pengurusan hal-ehwal kendiri pelajar dan dapat dapat menilai muhasabah diri setiap pelajar agar segala kelemahan yang ada boleh diperbaiki sekiranya ada usaha dan sikap pelajar dalam menangani segala kekurangan yang ada.
Apa yang menjadi harapan ialah supaya semua pelajar KRK akan dapat memantapkan emosi dan jasmani dalam menghadapi cabaran dan ujian semasa proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah serta sentiasa berpandangan jauh dan bersaing secara sihat dalam akademik.
Majlis ini telah ditutup secara rasminya oleh Encik Mohd Shukri bin Ruslan, Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Wednesday, 25 July 2012
KEM PEMANTAPAN AKIDAH
- Solat Berjemaah
- Tazkirah, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib
- Ceramah dan perbengkelan
- Night Tracking & River Tracking
- Riadah
- Qiyamullail
- Muhasabah.
Semoga program ini banyak memberi manfaat dan kesedaran kepada semua peserta. Bagi pelajar SMKTTJ yang menyertai program ini iaitu Mohd Firdaus dan Hurul Ain syabas dan tahniah kerana telah terpilih sebagai peserta terbaik.
Friday, 8 July 2011
PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH JPNS
Syabas & Tahniah kepada 4 orang pelajar yang telah mewakili sekolah dalam Program Pemantapan Akidah Belia Islam yang telah diadakan di Masjid Negeri, Negeri Sembilan pada 6 Julai 2011. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Islam N. Sembilan dan JPNS dengan tujuan membentuk generasi belia berakhlak mulia dan mempunyai jatidiri yang tinggi dalam menghadapi ujian dan cabaran. Sepanjang program, pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Seremban diperdengarkan ceramah, video, dan berbengkel dengan isu-isu semasa. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.
Panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan syabas kepada pelajar-pelajar ini dan berharap mereka akan menjadi barisan perintis kepada kumpulan BADAR yang akan ditubuhkan kelak. Mereka ialah :
1- Muhd Ismail B Mohamed Paid (4 UIA)
2- Muhd Hasif B. M Hanapiah (4 UIA)
3- Fiqri Hakim B. Zamri (4 UIA)
4- Mohd Nor Akmal B Mahadi (4 UPM)
Subscribe to:
Posts (Atom)







