Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

KLINIK PMR 2012

Antara program kecemerlangan PMR tahun ini adalah klinik PMR....Program kali ini terbahagi kepada dua sasaran kumpulan iaitu "nearmiss cemerlang" dan "nearmiss lulus".

Bagi subjek Pendidikan Islam pelajar-pelajar dibantu untuk menjawab soalan berdasarkan peraturan permarkahan yang betul seterusnya mereka meningkatkan kemerlangan dalam peperiksaan nanti..


Friday, 8 June 2012

PERKAMPUNGAN ILMU

Program Perkampungan Ilmu kali pertama telah diadakan pada cuti pertengahan semester yang lalu (28 Mei - 31 Mei 2012)...Seramai lebih kurang 500 pelajar telah menyertai program kali ini yang melibatkan pelajar terpilih tingkatan 1, 2, 3 dan lima...Bagi tingkatan 3 dan 5 yang akan menghadapi PMR dan SPM pastinya masa ini dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah seperti bengkel, teknik menjawab, pecutan dan sebagainya...
Bagi subjek Pendidikan Islam (29 Mei 2012 - 2.00 - 4.30 petang) pelajar-pelajar didedahkan dengan latihan topikal dan tudingan dari Modul Gemilang JPNS... Semua pelajar telah menyertai program ini secara aktif....Harapan kami para pelajar mendapat banyak manfaat daripada program ini...



Pelajar tingkatan 5 di Balai Seri Budiman



Pelajar Tingkatan 3 di Surau AlHusna







Saturday, 19 May 2012

BENGKEL PEMBINAAN MODUL GEMILANG JPNS

Baru-baru ini  telah diadakan Bengkel Pembinaan Modul Gemilang JPNS seperti ketetapan di bawah :
Tarikh / Hari : 14 Mei 2012 / Isnin
Masa  : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru, Tanjong Ipoh , Kuala Pilah
Penyertaan : Semua Juru Latih terpilih (kebanyakannya Guru Cemerlan, Ketua Pasukan PMR & SPM) - lebih kurang 40 orang guru telah hadir.
Turut hadir : Ustaz Darmadi Zulkifli (JPNS) dan Ustaz Zainal Arifin Mahsurom (JPNS)

Agenda :
1- Perbincangan / Postmortem PMR /SPM yang lalu
2- Bengkel membuat modul untuk Program Gemilang mengikut matapelajaran (topikal dan set soalan)



Sebahagian peserta bengkel gigih berusaha menyiapkan modul..

Senarai peserta yang dijemput :

Thursday, 10 May 2012

BENGKEL PBS TINGKATAN 1

Baru-baru ini telah berlangsung Bengkel (Latihan Dalaman) Pentaksiran Berasaskan Sekolah  (PBS Tingkatan 1)... Program ini telah adakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh / Hari : 4 Mei 2012 / Jumaat
Masa : 1.45 petang - 3.00 petang
Tempat : Bilik APD
Penyertaan : Semua guru Pendidikan Islam, SMKTTJ (kecuali Us Mohd Nizam)
Penceramah / Guru yang memberi taklimat : Pn. Sharifah Kmariah Wan Morsidi

Thursday, 15 March 2012

BENGKEL PMR SIRI 2 2012

Alhamdulillah, pada 12 Mac (ISNIN ) yang lalu telah berlangsung bengkel teknik menjawab PMR Pend Islam di Balai Seri Budiman. Sasaran pelajar untuk Siri 2 ini adalah pelajar kelas 3 UPM, UTM, UITM, UMS, UUM dan USIM. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada calon PMR 2012 teknik menjawab dan penulisan bagi subjek Pendidikan Islam.


Program yang dijalankan selama 2 jam ini (2.00 - 4.00 petang) dimulakan dengan siri ceramah teknik menjawab dan diikuti dengan bengkel. Semasa berbengkel pelajar diberikan tugasan, mereka perlu berbincang, menjawab soalan berdasarkan ceramah teknik yang diberi seterusnya mereka perlu mempersembahkan hasil tugasan tersebut. 


Semoga dengan adanya program ini pelajar dapat banyak manfaatnya dan dapat menjawab soalan PMR sebenarnya dengan baik

Saturday, 10 March 2012

BENGKEL PMR SIRI 1 2012

Alhamdulillah, pada 8 Mac (Khamis) yang lalu telah berlangsung bengkel teknik menjawab PMR Pend Islam di Balai Seri Budiman. Sasaran pelajar untuk Siri 1 ini adalah pelajar kelas 3 UIA, UM, UKM, USM dn UPM. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada calon PMR 2012 teknik menjawab dan penulisan bagi subjek Pendidikan Islam.


Program yang dijalankan selama 2 jam ini (2.00 - 4.00 petang) dimulakan dengan siri ceramah teknik menjawab dan diikuti dengan bengkel. Semasa berbengkel pelajar diberikan tugasan, mereka perlu berbincang, menjawab soalan berdasarkan ceramah teknik yang diberi seterusnya mereka perlu mempersembahkan hasil tugasan tersebut. 


Semoga dengan adanya program ini pelajar dapat banyak manfaatnya dan dapat menjawab soalan PMR sebenarnya dengan baik .

 Ceramah oleh Pn. Asyirah Haji Zakaria


 Pelajar mendengar tips -tips untuk cemerlang

 Pelajar berbingcang dalam bengkel