Saturday 10 March 2012

BENGKEL PMR SIRI 1 2012

Alhamdulillah, pada 8 Mac (Khamis) yang lalu telah berlangsung bengkel teknik menjawab PMR Pend Islam di Balai Seri Budiman. Sasaran pelajar untuk Siri 1 ini adalah pelajar kelas 3 UIA, UM, UKM, USM dn UPM. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada calon PMR 2012 teknik menjawab dan penulisan bagi subjek Pendidikan Islam.


Program yang dijalankan selama 2 jam ini (2.00 - 4.00 petang) dimulakan dengan siri ceramah teknik menjawab dan diikuti dengan bengkel. Semasa berbengkel pelajar diberikan tugasan, mereka perlu berbincang, menjawab soalan berdasarkan ceramah teknik yang diberi seterusnya mereka perlu mempersembahkan hasil tugasan tersebut. 


Semoga dengan adanya program ini pelajar dapat banyak manfaatnya dan dapat menjawab soalan PMR sebenarnya dengan baik .

 Ceramah oleh Pn. Asyirah Haji Zakaria


 Pelajar mendengar tips -tips untuk cemerlang

 Pelajar berbingcang dalam bengkel





No comments:

Post a Comment