Tuesday 27 March 2012

MTAQ 2012 Daerah Seremban 1

Bertempat di SMK Puteri, telah berlangsung Majlis Tadarus AL-Quran peringkat Daerah Seremban 1.
Walaupun tidak mendapat sebarang nombor dalam pertandingan tersebut , semua peserta telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik. Tahniah kepada semua peserta..








Monday 26 March 2012

Latihan MTAQ 2012

Sehari sebelum pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran 2012 , semua peserta SMKTTJ dikuarantin di Surau Al Husna bagi mengadakan sesi latihan dari awal pagi sehingga waktu balik.


Berikut gambar kenangan sebelum pertandingan.
 Peserta Tilawah Al-Quran (L) & (P)
Mohd Khalis Zulkifli
Nor Hanani Abd Rapa 


 Peserta Hafazan (L)
Mohd Ammar Mohd Fadzil
 Peserta Khat Jawi (L) & (P)
Mohd Akmal Mahadi
Nor Rusyda Azman
 Peserta Syarahan Spontan (P)
NorAyuni Syafika Abu Bakar
Peserta Berzanji Marhaban

Thursday 22 March 2012

Peserta MTAQ 2012

Berikut senarai nama peserta SMKTTJ dalam Majlis Tadarus AlQuran peringkat Daerah Seremban 1 yang akan diadakan pada 24 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di SMK Puteri, Seremban.

Thursday 15 March 2012

BENGKEL PMR SIRI 2 2012

Alhamdulillah, pada 12 Mac (ISNIN ) yang lalu telah berlangsung bengkel teknik menjawab PMR Pend Islam di Balai Seri Budiman. Sasaran pelajar untuk Siri 2 ini adalah pelajar kelas 3 UPM, UTM, UITM, UMS, UUM dan USIM. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada calon PMR 2012 teknik menjawab dan penulisan bagi subjek Pendidikan Islam.


Program yang dijalankan selama 2 jam ini (2.00 - 4.00 petang) dimulakan dengan siri ceramah teknik menjawab dan diikuti dengan bengkel. Semasa berbengkel pelajar diberikan tugasan, mereka perlu berbincang, menjawab soalan berdasarkan ceramah teknik yang diberi seterusnya mereka perlu mempersembahkan hasil tugasan tersebut. 


Semoga dengan adanya program ini pelajar dapat banyak manfaatnya dan dapat menjawab soalan PMR sebenarnya dengan baik

Monday 12 March 2012

NADWAH KEPIMPINAN BADAR

Syukur ke hadrat Ilahi kerana program Nadwah Kepimpinan Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR) telah dapat dilangsungkan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Mac 2012 di Maahad Ahmadi Gemencheh. Seramai 83 orang pelajar SMKTTJ telah menyertai program yang julung kalinya diadakan ini. 


Antara tujuan program ini adalah untuk :
1- Membentuk sahsiah yang positif di kalangan ahli BADAR
2- Meningkatkan keyakinan diri di kalangan ahli-ahli BADAR untuk menjadi pemimpin yang baik di sekolah.
3- Mewujudkan sikap bekerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli BADAR.


Sepanjang 3 hari 2 malam ini pelajar-pelajar dikendalikan oleh barisan fasilator yang berpengalaman iaitu pelajar-pelajar Tingkatan 6 (STAM) Maahad Ahmadi Gemencheh. Di sana mereka telah didedahkan dengan pelbagai pengisian yang banyak manfaatnya antaranya :
1- Solat Berjemaah setiap waktu (zikir munajat, bacaan Almathurat)
2- Sesi Taaruf & Ice breaking
3- Slot Tazkirah (Pengurusan masa, Tazkiyah An-Nafs, Adab Pergaulan)
4- Slot Ceramah (Tugas & Amanah Allah sebagai Khalifah Allah, Akhlak Pemimpin, Peranan Badar di sekolah)
5- Slot Bengkel (Kesempurnaan solat & Tugas Imam, Bacaan wirid selepas solat, azan & iqamat, Pengurusan Usrah, Kemahiran Public Speaking)
6- Kembara Malam
7- Qiyamullail
6- Sesi Muhasabah & resolusi.

Semasa majlis penutup, turut hadir ialah Tuan Pengetua SMKTTJ, Tn Omar bin Ahmad. Dalam ucapannya beliau amat berharap BADAR dapat berperanan aktif di SMKTTJ dalam mewujudkan Biah Hasanah (Iklim yang baik). Pengalaman BADAR di SMK Jelai Felda yang dikongsi bersama Ustaz Rizal Kamis diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada peserta yang hadir dan semua guru Pendidikan Islam.

Mengakhiri program semua peserta dihiburkan dengan alunan nasyid & persembahan qasidah dari pelajar-pelajar SMK Jelai Felda. 2 orang pelajar telah dinobatkan sebagai peserta terbaik iaitu Amir Ehsan bin Mohd Halimi ( 3UIA) dan Nurul Asyikin (4 UKM). Tahniah diucapkan.

Sekalung penghargaan & ucapan terima kasih kepada :
Tuan Pengetua
Guru-guru Penolong Kanan
Pengetua Maahad Ahmadi Gemencheh
Ustas Rizal Kamis (Guru Cemerlang P. Islam - SMK Jelai (F)
Guru-guru Panitia Pendidikan Islam
Barisan Fasilitator
Peserta Nadwah Kepimpinan
Semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung menjayakan program ini. 
Jazakullah khairan kathira.


Sebahagian gambar kenangan di sana...



























 


















Saturday 10 March 2012

BENGKEL PMR SIRI 1 2012

Alhamdulillah, pada 8 Mac (Khamis) yang lalu telah berlangsung bengkel teknik menjawab PMR Pend Islam di Balai Seri Budiman. Sasaran pelajar untuk Siri 1 ini adalah pelajar kelas 3 UIA, UM, UKM, USM dn UPM. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada calon PMR 2012 teknik menjawab dan penulisan bagi subjek Pendidikan Islam.


Program yang dijalankan selama 2 jam ini (2.00 - 4.00 petang) dimulakan dengan siri ceramah teknik menjawab dan diikuti dengan bengkel. Semasa berbengkel pelajar diberikan tugasan, mereka perlu berbincang, menjawab soalan berdasarkan ceramah teknik yang diberi seterusnya mereka perlu mempersembahkan hasil tugasan tersebut. 


Semoga dengan adanya program ini pelajar dapat banyak manfaatnya dan dapat menjawab soalan PMR sebenarnya dengan baik .

 Ceramah oleh Pn. Asyirah Haji Zakaria


 Pelajar mendengar tips -tips untuk cemerlang

 Pelajar berbingcang dalam bengkel