Wednesday 25 July 2012

KEM PEMANTAPAN AKIDAH


Pada 17 - 19 Julai 2012 yang lalu telah diadakan Kem Pemantapan Akidah Daerah Seremban di Insight G Jan Camp, Nilai. Seramai 100 orang peserta telah hadir (50 orang sekolah rendah dan 50 orang sekolah menengah). Sepanjang program 3 hari 2 malam ini para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian antaranya :
- Solat Berjemaah 
- Tazkirah, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib
- Ceramah dan perbengkelan
- Night Tracking & River Tracking
- Riadah
- Qiyamullail
- Muhasabah. 

Semoga program ini banyak memberi manfaat dan kesedaran kepada semua peserta. Bagi pelajar SMKTTJ yang menyertai program ini iaitu Mohd Firdaus dan Hurul Ain syabas dan tahniah kerana telah terpilih sebagai peserta terbaik.












PENYERAHAN ALQURAN

Al hamdulillah hampir 300 buah naskhah AlQuran sumbangan umum telah dapat diserahkan kepada para pelajar sejurus sahaja Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat di pagi Jumaat (20 Julai 2012). Harapan pihak sekolah agar para pelajar dapat mengimarahkan bulan Ramadhan dengan aktiviti membaca Al Quran atau bertadarus dalam kumpulan. Selain dari masa kelas P&P Pendidikan Islam para pelajar juga digalakkan membaca AlQuran semasa sesi rehat persekolahan...







Thursday 12 July 2012

PAMERAN SEMPENA KARNIVAL GEGAR RIA

Pada 6 dan 7 Julai 2012 yang lalu, sekolah telah mengadakan Karnival Gegar Ria. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam tempoh 2 hari ini seperti aktiviti jualan oleh kelab dan persatuan, pertandingan-pertandingan, pameran bilik-bilik dan pameran mengikut setiap bidang mata pelajaran, pameran oleh agensi-agensi luar dan lain-lain.

Panitia Pendidikan Islam telah mengambil peluang ini untuk turut serta mengambil bahagian dalam pameran bahan p&p (Bidang Kemanusiaan). Semoga pameran ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pelajar...







Saturday 7 July 2012

MASJID PENYERAHAN AL-QURAN TADARUS PERDANA

Pada 1 Julai 2012 (Hari Isnin) yang lalu telah diadakan Majlis Penyerahan Naskah AlQuran sempena Majlis Khatam AlQuran Perdana yang akan diadakan pada bulan Ramadhan. Majlis disempurnakan oleh Tn Pengetua kepada wakil pelajar di beberapa buah sekolah seperti buah sekolah antaranya SMK Senawang, SMK Senawang 3, SMK Seremban Jaya, SK Taman Tuanku Jaafar, SK Taman Tuanku Jaafar 2, dan juga wakil agensi swasta seperti Kosmopoint, kolej PTPL dan Surau As-Sobirin.