Saturday 30 June 2012

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK JELAI (F)

Pada tanggal 27 Jun 2012 (Hari Rabu) seramai empat guru Pendidikan Islam ( Pn. Rafeah, Pn. Asyirah, Pn. Rohayu dan Pn. Siti Mazlina) telah membuat lawatan Penanda Aras ke SMK Jelai Felda Gemas. Antara tujuan utama lawatan ini adalah untuk berkongsi idea dengan Panitia P Islam di sana kerana pencapaian yang cemerlang yang telah ditunjukkan sehingga mereka dicalonkan untuk Anugerah Pendidikan Islam Kluster...


Kehadiran kami disambut oleh Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Fatimah Bt Hj Silong,  Ketua Panitia Pend Islam,  Ustaz Rizal Bin Kemis dan barisan guru-guru Pendidikan Islam yang lain....Di sana kami dipertontonkan dengan Persembahan Slide Show tentang aktiviti panitia dan BADAR dan juga pelbagai bahan yang menarik yang dihasilkan seperti brosur, album, cd, fail-fail, pelbagai kertas kerja dan laporan. Semoga usaha mereka akan menghasilkan kejayaan....Sekalung Tahniah dari kami.




 










PEMANTAUAN BERKELOMPOK SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

Pada 25 Jun 2012 yang lalu seramai tiga orang pemantau dari Sektor Pendidikan Islam JPNS telah hadir ke sekolah untuk memantau Panitia Pendidikan Islam. Mereka yang hadir terdiri daripada Ustaz Abdul Hafiz Bin Azarai, Ustaz Darmadi Bin Zulkifli dan Ustaz Abdul Hamid Bin Yasin. Pemantauan merangkumi aspek P&P, pengurusan panitia, ko kurikulum dan pembinaan sahsiah.








Saturday 16 June 2012

SALAM ISRAK MIKRAJ


Selamat Menyambut Israk dan Mikraj....mari sama-sama kita menghayati perintah turunnya "Kewajipan Solat" kepada kita...Semoga ianya mendatangkan keinsafan dalam diri..


Friday 15 June 2012

TAKLIMAT PENYELARASAN PBS PMR

Baru-baru ini telah diadakan satu taklimat penyelarasan PBS PMR bagi subjek Pendidikan Islam bagi Daerah Seremban iaitu pada ketetapan di bawah :


Tarikh / Hari  : 13 Jun 2012 / Rabu
Masa : 2.30 - 4. 30 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Tunku Ampuan Durah
Penyertaan : 
1-Ketua Pentaksir Negeri , Pn Badriah Sheikh Ahmad
2- Semua Ketua Pentaksir Sekolah PBS PMR P.Islam (lebih kurang 30 orang telah hadir)


Turut hadir pegawai PPD iaitu :
1- Tn Haji Azaman Bin Baharudin, Pen. PPD (Penilaian & Peperiksaan)
2- Pn. Noor Hazaatey Binti Abd Hamid, Pen PPD (Pengurusan Pembangunan Manusia & pegawai PBS)








Tuesday 12 June 2012

RAKAMAN PROMOSI PROGRAM TADARUS PERDANA KOMUNITI

Pada 30 Mei 2012 (Rabu) telah diadakan sesi rakaman Promosi Program Tadarus Perdana Komuniti di Surau AlHusna, SMKTTJ.... Rakaman ini telah dilakukan pihak RTM Jakim untuk program Persada Jurnal Terbitan Jakim.....Sebahagian sedutan rakaman ini akan dipersembahkan sebagai iklan semasa program Majlis Tilawah AlQuran Kebangsaan di Johor Baharu..Seramai 20 orang pelajar dan 10 orang guru dari SMKTTJ, SKTTJ dan SKTTJ2 telah terlibat semasa rakaman... 5 orang pelajar dikehendaki membaca ayat suci AlQuran dan intisari ayat...mengakhiri sesi rakaman, beberapa orang guru diwawancara oleh pihak RTM...


















Friday 8 June 2012

PERKAMPUNGAN ILMU

Program Perkampungan Ilmu kali pertama telah diadakan pada cuti pertengahan semester yang lalu (28 Mei - 31 Mei 2012)...Seramai lebih kurang 500 pelajar telah menyertai program kali ini yang melibatkan pelajar terpilih tingkatan 1, 2, 3 dan lima...Bagi tingkatan 3 dan 5 yang akan menghadapi PMR dan SPM pastinya masa ini dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah seperti bengkel, teknik menjawab, pecutan dan sebagainya...
Bagi subjek Pendidikan Islam (29 Mei 2012 - 2.00 - 4.30 petang) pelajar-pelajar didedahkan dengan latihan topikal dan tudingan dari Modul Gemilang JPNS... Semua pelajar telah menyertai program ini secara aktif....Harapan kami para pelajar mendapat banyak manfaat daripada program ini...



Pelajar tingkatan 5 di Balai Seri Budiman



Pelajar Tingkatan 3 di Surau AlHusna