Showing posts with label Ihya Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ihya Ramadhan. Show all posts
Saturday, 13 July 2013
Thursday, 2 August 2012
IHYA RAMADHAN 2012
Ramadhan datang lagi ....pelbagai program telah disusun oleh Panitia Pendidikan Islam agar Ramadhan kali ini dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah....lihat sahaja kain rentang yang digantung di pagar masuk sekolah...
Monday, 29 August 2011
MAJLIS KHATAM ALQURAN 2011 & SUMBANGAN AIDIL FITRI
Syukur,,,sekali lagi kemuncak program tahunan (Ihya ' Ramadhan) kali ini diakhiri dengan Majlis Khatam AlQuran. Majlis yang diadakan pada 26 Ogos yang lalu ternyata lebih istimewa kerana aturcara yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan pengisian yang betul-betul menginsafkan dan mampu mendekatkan diri kepada Nya....iaitu :
7.30 pagi - pelajar dan guru mengambil tempat
7.45 pagi - Majlis Khatam Al- Quran ( 21 pelajar terpilih, dipimpin 2 orang ustaz)
8.30 pagi - Bacaan Tahlil Arwah
9.00 pagi - Solat Taubat dan Solat Hajat Berjemaah
9.30 pagi - Ceramah Khas : "Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam AlQuran Karim (PASAK) oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Arif Kosmo, UKM.
10.45 pagi - Sumbangan ikhlas kepada pelajar miskin / anak yatim
11.00 pagi - Salam Setulus Ikhlas AidilFitri
11.15 pagi - Majlis Bersurai.
7.30 pagi - pelajar dan guru mengambil tempat
7.45 pagi - Majlis Khatam Al- Quran ( 21 pelajar terpilih, dipimpin 2 orang ustaz)
8.30 pagi - Bacaan Tahlil Arwah
9.00 pagi - Solat Taubat dan Solat Hajat Berjemaah
9.30 pagi - Ceramah Khas : "Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam AlQuran Karim (PASAK) oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Arif Kosmo, UKM.
10.45 pagi - Sumbangan ikhlas kepada pelajar miskin / anak yatim
11.00 pagi - Salam Setulus Ikhlas AidilFitri
11.15 pagi - Majlis Bersurai.
Ceramah PASAK
Antara yang menarik....susunan surah AlQuran ....terbentuk tulisan Allah....(Subhanallah)
Antara guru yang terpegun mendengar huraian penceramah.
Gambar lain akan di upload kemudian.
MAJLIS IFTAR JAMA'I & SOLAT TERAWIH 2011
Syukur....pada 23 Ogos yang lalu ini panita berjaya menganjurkan program Iftar Jama'i (Berbuka Puasa) di Kantin..Seramai lebih kurang 200 guru, staf, ahli keluarga dan pelajar telah hadir menjayakan program ini. Apa yang menariknya Iftar kali ini adalah tetamu undangan yang hadir iaitu Imam Muda Fatah dan Ustaz Husaini, Naib johan Akademi Al-Quran 2011. Turut hadir adalah YDP PIBG Encik Abdul Hamid Yaakub dan Encik Ridzuan dari PTPL , Seremban.
Selepas iftar, majlis diteruskan di Surau Al Husna dengan Solat Maghrib, Bacaan AlQuran oleh Ustaz Husaini, Tazkirah Ramadhan oleh Imam Muda Fatah, Solat Isyak dan Solat Terawih dan kemuncaknya acara penyampaian sumbangan zakat oleh Encik Ridzuan (dari PTPL) kepada 20 orang pelajar terpilih.
Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru, staf dan para pelajar yang hadir dan sumbangan ikhlas yang diberikan. Semoga program seperti ini dapat diadakan pada tahun mendatang.
Majlis Iftar....
Sumbangan pihak PTPL kepada pelajar terpilih
Sumbangan sekolah kepada Imam Muda Fatah
Sumbangan sekolah kepada Ustaz Husaini
Wednesday, 17 August 2011
SALAM NUZUL QURAN
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq. Firman Allah bermaksud:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan?
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:
“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41)Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
Sumber : zikriinfo.com..
Sumber : zikriinfo.com..
MARI BERTADARUS
Salam....antara amalan yang amat digalakkan di dalam bulan Ramadhan ini ialah bertadarus. Apakah itu bertadarus? Bertadarus ertinya membaca Al-Quran secara beramai-ramai sehingga tamat (khatam) terutamanya di dalam bulan Ramadan. Hukumnya adalah sunat. Keutamaan bertadarus ialah:
1. Setiap huruf daripada ayat Al-Quran yang dibaca, Allah beri satu kebajikan.
2. Ayat-ayat di dalam Al-Quran banyak berisi ayat memohon keampunan, memohon kebajikan, memohon dijauhi seksaan Neraka dan sebagainya. Dengan membaca Al-Quran, secara tidak langsung kita berdoa dan memohon dari Allah. Allah akan memberikan sebaik-baik pemberian kepada orang-orang yang memohon kepadaNya.
3. Orang yang berpuasa dan bertadarus, mendapat syafaat dari puasa dan Al-Quran.
Antara adab yang perlu dijaga kita bertadarus pula adalah seperti berikut :
1. Berniat mengerjakan tadarus di bulan puasa adalah kerana Allah.
2. Tumpukan perhatian dan fikiran kepada ayat-ayat yang dibaca.
3. Fahami dan rasailah kebesaran dan kehebatan Allah.
4. Fahamilah kandungan atau ayat yang dibaca.
5. Jauhilah ingatan kepada permasalahan lain.
6. Anggaplah setiap ayat yang dibaca ditujukan kepada diri sendiri.
7. Apa yang dibaca biarlah terkesan di hati. Contohnya, ayat yang menyentuh tentang seksaan Neraka, datangkan rasa gerun dan takut di hati akan seksaan Neraka itu dan sebagainya.
8. Bacalah dengan jelas, teratur dan jika boleh dengan tajwid yang betul.
2. Tumpukan perhatian dan fikiran kepada ayat-ayat yang dibaca.
3. Fahami dan rasailah kebesaran dan kehebatan Allah.
4. Fahamilah kandungan atau ayat yang dibaca.
5. Jauhilah ingatan kepada permasalahan lain.
6. Anggaplah setiap ayat yang dibaca ditujukan kepada diri sendiri.
7. Apa yang dibaca biarlah terkesan di hati. Contohnya, ayat yang menyentuh tentang seksaan Neraka, datangkan rasa gerun dan takut di hati akan seksaan Neraka itu dan sebagainya.
8. Bacalah dengan jelas, teratur dan jika boleh dengan tajwid yang betul.
9- Sebelum nak mula ngaji, elok amalkan membaca doa:
Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
...diikuti dengan:
yang bermaksud: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS Thaha 27)
Selepas membaca Quran pula, elok pula amalkan membaca:
Terjemahannya: "Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam.".
Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....diikuti dengan:
yang bermaksud: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS Thaha 27)Selepas membaca Quran pula, elok pula amalkan membaca:
Terjemahannya: "Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam.".Di sekolah, Panitia Pendidikan Islam saban tahun menganjurkan bertadarus setiap kali menjelang Ramadhan... Setiap Guru Pendidikan Islam perlu membawa pelajar ke surau untuk aktiviti ini...Kemuncak program pula ialah Majlis Khatam Al-Quran...
Pelajar bertadarus di surau sekolah (Surau Al-Husna)
Saturday, 6 August 2011
IHYA' RAMADHAN 1432H
Bulan ramadhan datang lagi. Bagi meraikan kedatangan bulan yang mulia ini pihak Panitia Pendidikan Islam telah merancang beberapa program yang bermanfaat khususnya untuk warga SMKTTJ bermula 1 Ramadhan 1432 H.
OBJEKTIF :
1.Meraikan kedatangan bulan ramadhan yang disyariatkan berpuasa
2.Memperbanyakkan amalan dibulan yang diberkati
3.Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar suasana majlis dibulan ramadhan
4.Merapatkan hubungan sesama kakitangan dan guru
TEMA
"Ramadhan Pemangkin Mukmin Sejati" .
Antara aktiviti utama yang diadakan adalah:-
- Tazkirah pagi (oleh guru-guru yang dilantik) dan bicara keilmuan
- Radio sekolah - Asmaul Husna, Bacaan Al-Quran, nasyid-nasyid dan zikir-zikir
- Solat Taubat, Hajat & Bacaan Yasin - setiap pagi Jumaat (program Bina Insan)
- Solat Berjemaah Zuhur & Asar
- Edaran Risalah / Buletin Ramadhan
- Program Raudatul Sakinat - pelajar puteri setiap tengahari Jumaat
- Tadarus Al-Quran (setiap kelas)
- Majlis Khatam Al-Quran & sumbangan Aidil Fitri (26 Ogos 2011)
Diharap semua warga SMKTTJ mendapat manfaat
dari program yang diadakan.
dari program yang diadakan.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)









