Monday 20 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (SESI PETANG)

Pada 17 Februari 2012 (Jumaat)  juga telah berlangsung satu lagi majlis Maulidur Rasul khususya untuk guru-guru dan para pelajar sesi petang. Majlis bermula 2.30 petang dengan sedikit tazkirah oleh En. Azmi (kaunselor) & lakunan pelajar mengenai "Makmum Masbuk & Muafik". 


Lebih kurang pukul 3.00 petang, jemputan khas iaitu Ustaz Mohd Qushairi bin Hamthan telah sudi menyampaikan ceramahnya bagi mengisi rohani pelajar dan warga pendidik sesi petang.  Terima kasih ustaz dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi memastikan kelancaran program ini. Semoga semua usaha kita diberkati Allah.











PERARAKAN MAULIDUR RASUL

Majlis Perarakan Maulidur Rasul 1433H telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh :  17 FEBRUARI 2012 (24 RABIUL AWAL 1433)
Masa   : 7.30 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Dataran Cendekiawan & Padang, SMK Taman Tuanku Jaafar


Majlis dimulakan dengan taklimat program oleh Us. Nizam. Setelah semua bersedia, semua warga SMKTTJ mula berarak & berselawat ke padang. Perarakan ini diketuai oleh Saudara Muhammad Husaini, Naib Juara Akademi Al-Quran 2011.  Padang sekolah yang agak luas telah dikeliling dengan rasa tenang hati oleh semua warga SMKTTJ demi memeriahkan lagi majlis Maulidur-Rasul kali ini.



Sejurus selesai berarak, majlis diteruskan dengan persembahan Barzanji & Marhaban oleh Tuan Haji Zakaria, Ustaz Nizam dan Encik Rais. Diikuti selepas itu, alunan merdu bacaan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan oleh Saudara Muhammad Husaini.  Sayu dan menusuk kalbu mendengar kalam Allah berkumandang seluruh pelusuk SMKTTJ dan didengari jua oleh penduduk sekitar.  Majlis diakhiri dengan sedikit tazkirah ringkas dari Muhammad Husaini.

Semoga program ini dapat dihayati seluruh warga SMKTTJ. Terima kasih semua di atas sumbangan menjayakan program panitia yang julung kali diadakan ini. Jazakumullah khairan.






















Sunday 12 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

OBJEKTIF PROGRAM :
- Untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang tanggungjawab sebagai seorang yang mengaku sebagai seorang muslim.
- Supaya pelajar dapat menghayati perjuangan Rasulull
Untuk menjadikan sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. sebagai motivasi kecemerlangan diri dalam mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat

     TENTATIF  PROGRAM : 

7.10  pagi            -               Guru dan pelajar berkumpul
                              -               Bacaan al-Quran melalui radio sekolah
                              -               Alunan doa pagi dan zikrullah
7.20  pagi             -                Bacaan Yasin ,solat sunat taubat,dan solat hajat.
7.50 pagi              -               Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
7.55 pagi              -               Persembahan Nasyid
8.00 pagi               -               Ceramah Khas Maulidur rasul
                                                Penceramah Jemputan :
                                                Ustaz Nor Azamir bin Alias
                                                (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)
9.00 pagi               -              Selawat Beramai-ramai
     Penyampaian cenderamata
                               -               Bersurai
  -               Jamuan ringan untuk penceramah dan pentadbir.



















Saturday 4 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
(sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul)
Setiap tahun pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. 
Antara amalan lain yang boleh kita zahirkan ialah melalui berselawat...Antara kelebihan berselawat ialah
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.