Sunday 26 June 2011

SELAMAT MENYAMBUT ISRAK MIKRAJ

Satu daripada keistimewaan Bulan Rejab ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab.
Mari kita hayati peristiwa yang berlaku kepada Junjungan besar Rasulullah S.A.W 


1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com



Friday 24 June 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA KE-10 LAHIRKAN ATLET BARU

Syabas semua warga SMKTTJ....Kejohanan Olahraga kali ke 10 telah dapat diadakan selama dua hari berturut-turut (23 - 24 Jun 2011). Dengan tema "Membara Semangat Satu Matlamat" kejohanan kali ini ternyata memberi impak yang besar kepada pelajar-pelajar SMKTTJ. Adat bertanding : Ada yang kalah ada yang menang....walaupun ianya pahit bagi sesetengah pelajar, tapi terimalah ketentuan Ilahi dengan hati yang terbuka.

Pihak panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang kejohanan kali ini :
1- Johan rumah - Rumah Laksamana
    Naib Johan - RumahTemenggung
    Ketiga - Syahbandar.
2- Olahragawan - Nishantan (rumah Laksamana)
    Olahragawati - Nor Aqidah Amran (rumah Laksamana)
3- Acara senamrobik - Rumah Syahbandar
4- Acara Tarik tali - Rumah Temenggung (lelaki & perempuan)
5- Acara Perbarisan - Rumah Bendahara.

Mari kita saksikan detik-detik indah di hari sukan SMKTTJ.


Johan Keseluruhan - Rumah Laksamana 
 Naib Johan - Rumah Temenggung

 Johan Tarik tali - Rumah Temenggung
Johan Senamrobik - Rumah Syahbandar

Sunday 19 June 2011

LAWATAN ILMIAH KE MAHKAMAH SYARIAH SEREMBAN

Syukur dengan ketentuan-Nya sekali lagi gabungan Panitia Tasawwur Islam dan Panitia Pendidikan Islam telah dapat menganjurkan program Lawatan Sambil Belajar ke Mahkamah Syariah pada 14 dan 15 Jun 2011 yang lalu. Seramai 60 orang pelajar tingkatan 5 (calon SPM 2011) dan 5 orang guru telah mengikuti lawatan ilmiah ini yang bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Jalan Dato' Hamzah, Seremban.

Antara objektif lawatan adalah :
1- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang prosedur perbicaraan di mahkamah.
2- Pelajar dapat mengetahui bidang kuasa Mahkamah Syariah.
3- Pelajar dapat mengetahui kes-kes Mal dan jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan seperti berikut khususnya semasa hari kedua (15 Jun 2011):
7.45 pagi -  Taklimat oleh guru pengiring (Us. Rafeah)
8.00 pagi -  Menaiki bas menuju ke Mahkamah Syariah.
8.20 pagi -  Sampai di mahkamah
8.30 pagi -  Sarapan pagi (disediakan oleh pihak mahkamah)
8.45 pagi -  Taklimat oleh En. Suhaizad Bin Saifudin (Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syariah)
10.00 pagi -  Pelajar dan guru diberi peluang menyaksikan perbicaraan kes-kes mal terutama permasalahan dalam rumahtangga (antaranya permohonan talak, fasakh, poligami, tuntutan nafkah anak dan tuntutan harta faraid).
12.00 tengahari - Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kenangan-kenangan.
12.30 tengahari - Bergerak pulang ke SMKTTJ.

Mari kita saksikan gambar kenang-kenangan sepanjang lawatan ilmiah ini :

 Taklimat Ustazah Rafeah : " Setiap orang pelajar perlu membuat laporan..."

 Baru sampai ....sebelum masuk ke mahkamah...sempat berposing depan mahkamah.

 Pelajar lelaki turut serta menyertai rombongan ini...

 

 

 Alhamdulillah dapat juga menikmati sarapan.....
Mendengar taklimat daripada Pegawai Penyelidik, En. Suhaizad
Taklimat tentang Mahkamah Syariah, fungsi dan sebagainya....
En. Suhaizad.... terima kasih di atas informasi yang sangat berguna...
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada Ketua Panitia kepada Yang Arif Tn Mohd Syukor bin Sabudin, Ketua Hakim Syariah Negeri Sembilan.
Gambar kenangan- semua guru dan peserta lawatan...
Hadiah SMKTTJ kepada pihak mahkamah - plug daripada Bidang Kemanusiaan.
Hadiah pihak Mahkamah kepada semua pelajar...Syukran Jazila



Friday 17 June 2011

GERHANA BULAN PENUH

 Salam...walaupun agak terlambat sehari, ingin saya kongsikan keistimewaan lain di bulan Rejab pada tahun ini....berdasarkan artikel di bawah :



Alhamdulillah, di bulan Rejab yang mulia ini, bulan Haram yang disunatkan untuk berpuasa di dalamnya, kita dihadiahkan 1 lagi nikmat besar yang mana di sunatkan bagi kita untuk beramal ibadah padanya. Nikmat itu yang dinamakan Gerhana Bulan.



Jangkaan dari Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang diketuai oleh Dr Kassim Bahali menjangkakan hari ini akan timbul gerhana bulan penuh dan yang paling unik ialah kejadian ini akan berlaku dua kali, dijangkakan akan berlaku lagi pada Disember ini.

Gerhana Bulan adalah tertutupnya sinar matahari oleh bumi sehingga bulan berada di dalam bayang-bayang bumi. Gerhana bulan terjadi saat matahari, bumi dan bulan berada pada garis lurus di mana bulan terletak di belakang bumi dan dan bumi berada di antara matahari dan bulan. Saat terjadinya gerhana bulan adalah pada malam purnama.

 Kedudukan matahari, bulan & bumi ketika Gerhana Bulan


Di negara kita pada tahun ini gerhana bulan dijangka berlaku pada 16 Jun 2011. Gerhana bulan penuh bermula dari jam 3.22 am hingga 5.05am. Pada jam 1.22 pagi, bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi. Wallahua’lam.

Dalam banyak hadith nabi terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

1- Solat Sunat & Berdoa :


Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Syari’at Solat Kusuf (gerhana matahari) & Khusuf (gerhana bulan), hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

2- Berzikir & Beristigfar :


Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

 

2- Bersedekah:



Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”


sumber : Persatuan Mahasiswa Islam UPM
http://pmiupm.net/index.php/2011/06/15/solat-sunat-gerhana-bulan/


Thursday 2 June 2011

REJAB DATANG LAGI...



Mari kita baca kelebihan Bulan Rejab :

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Oleh itu, mari kita sama-sama perbanyakkan doa dan zikir:

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ

 

Wednesday 1 June 2011

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2011

Syukur.. selang sehari selepas kursus praktikal haji, panitia dapat menganjurkan satu lagi kursus iaitu Kursus Pengurusan Jenazah pada hari Isnin 9 Mei 2011. Hampir semua calon PMR pendidikan Islam hadir ke kursus tersebut. Dua orang penceramah telah dijemput khas dari Sek Datuk Abd Razak (SDAR) untuk mengendalikan sesi ceramah teori & praktikal bermula 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Antara objektif kursus adalah :
1-Memberi pendedahan awal secara teori dan amali tentang cara pengurusan jenazah. 
2-Memberi kefahaman yang mendalam kepada para peserta teori dan amali ibadat  tersebut yang terdapat di dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Islam.
3-Sebagai persediaan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan PMR
4-Memupuk semangat kerjasama antara mereka dalam melaksanakan aktiviti.

Aturcara program seperti berikut :
  7.45 am          : Pendaftaran pelajar / Taklimat
8.15 am          : Sesi 1 – Ceramah  / Teori Pengurusan Jenazah
                        Penceramah / Pembimbing :                                        
Ustaz Tajulazhar Bin Harun (SDAR) – Pelajar Lelaki
Ustazah Murni Binti Buchik (SDAR) – Pelajar Perempuan
10.00 am         : Kudapan                                
10.30 am         : Sesi 2 – Amali /  Praktikal Pengurusan Jenazah
12.30 pm         : Jamuan ringan dan bersurai

ANTARA PAPARAN UNTUK SEMUA...
Ceramah oleh Ustaz Tajulazhar di Bilik Utiliti - khasnya pelajar lelaki
Ceramah oleh Ustazah Murni di Surau AlHusna - pelajar perempuan
Pelajar khusyuk mendengar ceramah
Acara menggunting kain kafan
Inilah pakaian terakhir kita...hanya kain kafan peneman setia 
Terima kasih dari kami...tahun depan datang lagi
Persembahan istimewa untuk anak-anak puteri...nasyid "Selimut Putih"

KURSUS PRAKTIKAL HAJI & UMRAH 2011

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Panitia Pendidikan Islam telah dapat menganjurkan Kursus Praktikal Haji & Umrah untuk calon SPM 2011 dengan jayanya. Kursus ini telah berlangsung pada 7 hb Mei yang lalu di Surau AlHusna dan padang sekolah. Seramai 135 orang pelajar tingkatan 5 dan 15 orang guru telah hadir mengikuti kursus tersebut.

Antara objektif program adalah seperti di bawah :
1-  Mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap tajuk Pendidikan Islam  Tingkatan 4 , iaitu Kaifiat Mengerjakan   Haji dan Umrah.
2- Pelajar dapat membuat gambaran mental suasana umat islam mengerjakan ibadah haji di Mekah.
3- Pelajar dapat membaca dan menyebut lafaz-lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji di bawah bimbingan penceramah.
4-  Pelajar dapat menjalin kerjasama antara mereka dalam melaksanakan aktiviti.


Aturcara sepanjang kursus seperti berikut :
7.45 am          : Pendaftaran pelajar / Taklimat
8.15 am          : Sesi 1 – Ceramah  / Teori Haji & Umrah
                        Penceramah / Pembimbing :                                        
  Tuan Hj. Muslal bin Rasiman (Penceramah Tabung Haji)
10.00 am         : Kudapan
10.30 am         : Sesi 2 – Amali / Program Praktikal Haji
12.30 pm         : Jamuan ringan dan bersurai


Mari kita saksikan detik bersejarah jemaah haji smkttj ...

Tertera di pintu surau....kaunter pendaftaran...
Ceramah teori disampaikan oleh Tn Haji Muslal
Bakal jemaah haji khusyuk mendengar ceramah
Tunjukcara pemakaian kain ihram
Jemaah haji siap berangkat ke Arafah
Tidak ketinggalan guru-guru turut serta
Labbaikallah humma labbaik

Jemaah haji mengutip batu di Muzdalifah
Dah sampai Mina...tunjukcara melontar Jamrah
Ini Maqam Ibrahim...tempat mustajab berdoa
Amin...berdoa depan multazam...pintu kaabah
Tawaf ni tujuh kali ye...
Kita dah sampai bukit Sofa untuk Sa`ie
Akhirnya sempurna rukun haji...mari kita berdoa
 Acara kemuncak...ada kuiz untuk peserta
Dah ada pemenang...Hajah......
Kenang-kenangan...Ahli Panitia, bersama barisan pentadbir & penceramah..Jazakumullahu khairan







Salam Blog

Alhamdulillah blog Panitia Pendidikan Islam, SMKTTJ dapat diwujudkan dengan jayanya...Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua warga SMKTTJ dan para pengunjung...
Terima kasih dan tahniah khususnya kepada Tn Pengetua En. Omar bin Ahmad kerana berjaya membuat satu anjakan pradigma untuk sekolah iaitu dengan menganjurkan Kursus Pembinaan Blog pada 30 Mei yang lalu.
Semoga hasrat tuan untuk menjadikan blog sebagai satu watak sekolah berjaya...