Monday 8 July 2013

FADHILAT RAMADHAN


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN..


PENYERAHAN AL-QURAN OLEH DPMNS

Al-hamdulillah...pada Jumaat (5 Julai 2013) yang lalu...pihak sekolah telah menerima hampir 2000 naskah Al-Quran daripada Dewan Perniagaan Melayu N. Sembilan untuk program Tadarus Perdana. Al-Quran yang diwaqafkan oleh penduduk-penduduk N. Sembilan itu akan diedarkan pula kepada sekolah-sekolah yang menyertai Program Tadarus Perdana SMKTTJ 2013. Penyerahan akan dilakukan pada 11 Ogos 2013 di Balai Konferensi SMKTTJ. Sebanyak 8 buah sekolah telah mengesahkan untuk menyertai program anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam, PIBG SMKTTJ dan SARANA SMKTTJ. 







Saturday 6 July 2013

MESYUARAT TADARUS PERDANA KALI KEDUA

Mesyuarat Kali Kedua ini diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 4 Julai 2013
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Konferensi, SMKTTJ
Turut Hadir : Tn Hj Mat Sah, PPD Seremban.





Monday 1 July 2013

MESYUARAT TADARUS PERDANA 2013 KALI PERTAMA

Mesyuarat Kali Pertama ini diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Jun 2013
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Konferensi, SMKTTJ




Sunday 12 May 2013

REJAB SUDAH TIBA

Kita telahpun berada di bulan Rejab....Antara amalan yang digalakkan adalah kita banyak berdoa seperti doa di bawah...

Friday 10 May 2013

FESTIVAL NASYID

Festival Nasyid Sekolah-sekolah Daerah Seremban 2 telah diadakan pada 8 Mei yang lalu di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Seramai 10 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian termasuk SMKTTJ. Peserta SMKTTJ yang memakai pakaian baju melayu merah mengalunkan 2 buah lagu termasuk sebuah lagu wajib yang bertemakan : Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah. Walaupun peserta SMKTTJ tidak menang dalam pertandingan tersebut, namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka amat terserlah sekali...Alunan lagu dan lirik yang disampaikan begitu diamati oleh pendengar dewan Ibnu Umar...
Syabas...semoga mereka akan menang di lain masa.



Wednesday 17 April 2013

ASMAUL HUSNA

Bunting ini dibuat untuk membantu para pelajar mengalunkan lagu Asmaul Husna semasa perhimpunan rasmi pada hari Isnin....

Saturday 13 April 2013

WIRID SELEPAS SOLAT

Bunting ini khususnya dibuat untuk membantu pelajar berwirid selepas solat... Semoga banyak manfaatnya.



Monday 1 April 2013

RAUDATUL SAKINAH

Antara aktiviti semasa raudatul sakinah yang diadakan oleh pelajar puteri setiap hari Jumaat (12.20 - 1.45)

 Solat Zuhur Berjemaah
 Mendengar tazkirah
 Tayangan Video

 Membincangkan isu semasa
 Taaruf Usrah

 Membaca & Membincangkan bahan usrah
 Memperdengarkan ayat AlQuran


Saturday 16 March 2013

PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH KELAS KRK


Pada 1 hingga 3 Mac 2013 (Jumaat hingga Ahad) baru-baru ini telah diadakan satu program kerohanian khususnya pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK)  tingkatan 3 iaitu Program Pemantapan Akidah & Motivasi Remaja Islam. Program yang diadakan di Pusat Ko-kurikulum Rembau telah melibatkan seramai lebih kurang 85 orang. Program julung kali diadakan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama  Unit Bimbingan dan Kaunseling, BADAR dan Sekretariat mahasiswa/siswi Timur Tengah dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk membentuk suatu pendekatan agama yang sesuai dalam pengurusan hal-ehwal kendiri pelajar dan dapat dapat menilai muhasabah diri setiap pelajar agar segala kelemahan yang ada boleh diperbaiki sekiranya ada usaha dan sikap pelajar dalam menangani segala kekurangan yang ada.

Apa yang menjadi harapan ialah supaya semua pelajar KRK akan dapat memantapkan emosi dan jasmani dalam menghadapi cabaran dan ujian semasa proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah serta sentiasa berpandangan jauh dan bersaing secara sihat dalam akademik.

Majlis ini telah ditutup secara rasminya oleh Encik Mohd Shukri bin Ruslan, Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.








Wednesday 6 March 2013

PROGRAM RAUDATUL SAKINAH

Salam...satu program anjuran Persatuan Agama Islam iaitu Program Raudatul Sakinah diadakan untuk semua pelajar perempuan beragama Islam bermula 1 Mac 2013.

Butiran program adalah seperti berikut : 
Tarikh / Hari : Setiap hari Jumaat bermula 1 Mac 2013
Tempat : Surau Al Husna, SMKTTJ
Masa : 12.20 hingga 1.45 petang
Tingkatan : (rujuk jadual di bawah )


JADUAL PROGRAM KEROHANIAN BADAR - RAUDATUL SAKINAH

 Semoga program ini dapat berjalan seperti dijadualkan.



Sunday 3 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013

Alhamdulillah Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2013 telah diadakan seperti ketetapan di bawah :

             Tarikh         :    1 Februari 2013 (Jumaat) / 20 Rabiul Awal 1434H
             Masa           :   7.30 pagi  hingga  10.15 pagi
             Tempat        :   Dataran Cendakiawan dan Padang  SMKTTJ
             Penyertaan   :   Semua guru dan pelajar Islam sesi pagi 

            Aturcara       :  
            7.10 pagi    -         Pelajar dan guru berkumpul di dataran.
            7.20 pagi    -         Program Bina Insan 
                                         (Bacaan Yasin & Solat Sunat
            7.55 pagi    -         Ucapan Aluan Pengerusi
            8.00 pagi    -         Ceramah Khas Maulidur Rasul
                                         Penceramah : Tn Haji Muslal Bin Rakiman 
                                         (Penceramah Bebas)
            9.15 pagi    -         Persembahan Madih / Qasidah
                                         Pelajar Sek. Tinggi Islam As-Sofa, Rembau
            9.45 pagi    -         Penyampaian Cenderamata
            9.50 pagi    -         Perarakan Maulidur Rasul
            10.15 pagi  -         Bersurai

Sekitar hari bersejarah :


 Ceramah Khas Maulidur Rasul

 Persembahan pelajar Sekolah Islam Tinggi As-Sofa, Rembau


 Pelajar mendengar dengar khusyuk..

 Perarakan juga diadakan..




Syukran Jazakumullah khairan kathira ya Ustaz....atas perkongsian ilmu yang sangat tinggi nilainya