Saturday 16 March 2013

PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH KELAS KRK


Pada 1 hingga 3 Mac 2013 (Jumaat hingga Ahad) baru-baru ini telah diadakan satu program kerohanian khususnya pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK)  tingkatan 3 iaitu Program Pemantapan Akidah & Motivasi Remaja Islam. Program yang diadakan di Pusat Ko-kurikulum Rembau telah melibatkan seramai lebih kurang 85 orang. Program julung kali diadakan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama  Unit Bimbingan dan Kaunseling, BADAR dan Sekretariat mahasiswa/siswi Timur Tengah dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk membentuk suatu pendekatan agama yang sesuai dalam pengurusan hal-ehwal kendiri pelajar dan dapat dapat menilai muhasabah diri setiap pelajar agar segala kelemahan yang ada boleh diperbaiki sekiranya ada usaha dan sikap pelajar dalam menangani segala kekurangan yang ada.

Apa yang menjadi harapan ialah supaya semua pelajar KRK akan dapat memantapkan emosi dan jasmani dalam menghadapi cabaran dan ujian semasa proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah serta sentiasa berpandangan jauh dan bersaing secara sihat dalam akademik.

Majlis ini telah ditutup secara rasminya oleh Encik Mohd Shukri bin Ruslan, Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.








Wednesday 6 March 2013

PROGRAM RAUDATUL SAKINAH

Salam...satu program anjuran Persatuan Agama Islam iaitu Program Raudatul Sakinah diadakan untuk semua pelajar perempuan beragama Islam bermula 1 Mac 2013.

Butiran program adalah seperti berikut : 
Tarikh / Hari : Setiap hari Jumaat bermula 1 Mac 2013
Tempat : Surau Al Husna, SMKTTJ
Masa : 12.20 hingga 1.45 petang
Tingkatan : (rujuk jadual di bawah )


JADUAL PROGRAM KEROHANIAN BADAR - RAUDATUL SAKINAH

 Semoga program ini dapat berjalan seperti dijadualkan.