Showing posts with label Syaaban. Show all posts
Showing posts with label Syaaban. Show all posts

Saturday, 16 July 2011

MALAM NISFU SYAABAN

Assalamualaikum semua. Tanpa kita sedari kita sudah hampir sampai ke pertengahan bulan Syaaban. dan ini bermakna bulan Ramadhan bakal menjengah tak lama lagi. Jadi seperti yang kita tahu, nisfu syaaban ada keistimewaannya yang tersendiri dan kita sudah terbiasa mendengar amalan-amalan sunat yang diamalkan di malam nisfu syaaban. Sebagai peringatan untuk diri kita....mari kita baca amalan dan kelebihan malam nisfu syaaban.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Sya’aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
Selain itu, kita digalakkan :


Membaca Al-Qur’an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)
Sembahayang-sembahyang sunat:  Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.


Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban
Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Semoga perkongsian ilmu ini dapat kita jelmakan dalam bentuk ibadat yang digalakkan. Selamat beribadah dan beramal buat semua... 
Salam nisfu syaaban semua! Mari kita persiapkan diri untuk ramadhan yang bakal tiba.

Monday, 4 July 2011

AMALAN BULAN SYAABAN & KELEBIHANNYA

Hari ini sudah 2 Syaaban. Mari kita memperbanyakkan amalan di bulan Syaaban kerana banyak kelebihan beramal di bulan ini.  Sabda Nabi s.a.w. : 'Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.' Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. Berkata Siti Aisyah r.a. :-Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.'
Sabda Nabi S.A.W. :- 'Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan
umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah
menyucikan dosa (jasmani rohani).'

Sabda Nabi S.A.W. :- 'Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.'

Sabda Nabi S.A.W :- 'Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.'
Sabda Nabi S.A.W :- 'Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia'.