Wednesday 29 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

Pada 24 Januari 2014  Majlis sambutan Maulidur-Rasul peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dataran Cendekiawan, SMK Taman Tuanku Jaafar. 

Penceramah, Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Hatta bin Ghazali, Kadi Daerah Kuala Pilah diundang khas untuk mengupas tentang Rasulullah SAW sempena bulan kelahiran Baginda ini. 

Sejurus selepas ceramah, pihak penganjur iaitu Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan tabung wakaf. Tabung ini bertujuan untuk proses menambahbaik surau sekolah yang tidak dapat menampung jumlah pelajar muslim yang semakin bertambah.

Kemudian, seluruh warga muslim SMKTTJ berarak keluar dari kawasan sekolah menuju ke petempatan untuk mengalunkan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW.












No comments:

Post a Comment