Alhamdulillah, di bulan Rejab yang mulia  ini, bulan Haram yang disunatkan untuk berpuasa di dalamnya, kita  dihadiahkan 1 lagi nikmat besar yang mana di sunatkan bagi kita untuk  beramal ibadah padanya. Nikmat itu yang dinamakan Gerhana Bulan.
 Jangkaan dari Bahagian Falak, Kompleks  Falak Al-Khawarizmi yang diketuai oleh Dr Kassim Bahali menjangkakan  hari ini akan timbul gerhana bulan penuh dan yang paling unik ialah  kejadian ini akan berlaku dua kali, dijangkakan akan berlaku lagi pada  Disember ini.
 Kedudukan matahari, bulan & bumi ketika Gerhana Bulan
 Di negara kita pada tahun ini gerhana  bulan dijangka berlaku pada 16 Jun 2011. Gerhana bulan penuh bermula  dari jam 3.22 am hingga 5.05am. Pada jam 1.22 pagi, bulan baru sahaja  memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki  kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. Fasa Gerhana Penuh  secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi. Wallahua’lam.
Dalam banyak hadith nabi terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:
1- Solat Sunat & Berdoa :
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu  melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat  dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.
 Syari’at Solat Kusuf (gerhana matahari)  & Khusuf (gerhana bulan), hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun  sunat yang digalakkan.
2- Berzikir & Beristigfar :
Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana  matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana  bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke  masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan  sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan  seperti itu.
 2- Bersedekah:
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian  melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan  solat dan bersedekah.”
sumber : Persatuan Mahasiswa Islam UPM
http://pmiupm.net/index.php/2011/06/15/solat-sunat-gerhana-bulan/
No comments:
Post a Comment