Monday 20 February 2012

PERARAKAN MAULIDUR RASUL

Majlis Perarakan Maulidur Rasul 1433H telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh :  17 FEBRUARI 2012 (24 RABIUL AWAL 1433)
Masa   : 7.30 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Dataran Cendekiawan & Padang, SMK Taman Tuanku Jaafar


Majlis dimulakan dengan taklimat program oleh Us. Nizam. Setelah semua bersedia, semua warga SMKTTJ mula berarak & berselawat ke padang. Perarakan ini diketuai oleh Saudara Muhammad Husaini, Naib Juara Akademi Al-Quran 2011.  Padang sekolah yang agak luas telah dikeliling dengan rasa tenang hati oleh semua warga SMKTTJ demi memeriahkan lagi majlis Maulidur-Rasul kali ini.



Sejurus selesai berarak, majlis diteruskan dengan persembahan Barzanji & Marhaban oleh Tuan Haji Zakaria, Ustaz Nizam dan Encik Rais. Diikuti selepas itu, alunan merdu bacaan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan oleh Saudara Muhammad Husaini.  Sayu dan menusuk kalbu mendengar kalam Allah berkumandang seluruh pelusuk SMKTTJ dan didengari jua oleh penduduk sekitar.  Majlis diakhiri dengan sedikit tazkirah ringkas dari Muhammad Husaini.

Semoga program ini dapat dihayati seluruh warga SMKTTJ. Terima kasih semua di atas sumbangan menjayakan program panitia yang julung kali diadakan ini. Jazakumullah khairan.






















No comments:

Post a Comment