Saturday 30 June 2012

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK JELAI (F)

Pada tanggal 27 Jun 2012 (Hari Rabu) seramai empat guru Pendidikan Islam ( Pn. Rafeah, Pn. Asyirah, Pn. Rohayu dan Pn. Siti Mazlina) telah membuat lawatan Penanda Aras ke SMK Jelai Felda Gemas. Antara tujuan utama lawatan ini adalah untuk berkongsi idea dengan Panitia P Islam di sana kerana pencapaian yang cemerlang yang telah ditunjukkan sehingga mereka dicalonkan untuk Anugerah Pendidikan Islam Kluster...


Kehadiran kami disambut oleh Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Fatimah Bt Hj Silong,  Ketua Panitia Pend Islam,  Ustaz Rizal Bin Kemis dan barisan guru-guru Pendidikan Islam yang lain....Di sana kami dipertontonkan dengan Persembahan Slide Show tentang aktiviti panitia dan BADAR dan juga pelbagai bahan yang menarik yang dihasilkan seperti brosur, album, cd, fail-fail, pelbagai kertas kerja dan laporan. Semoga usaha mereka akan menghasilkan kejayaan....Sekalung Tahniah dari kami.




 










No comments:

Post a Comment