Thursday 15 March 2012

BENGKEL PMR SIRI 2 2012

Alhamdulillah, pada 12 Mac (ISNIN ) yang lalu telah berlangsung bengkel teknik menjawab PMR Pend Islam di Balai Seri Budiman. Sasaran pelajar untuk Siri 2 ini adalah pelajar kelas 3 UPM, UTM, UITM, UMS, UUM dan USIM. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada calon PMR 2012 teknik menjawab dan penulisan bagi subjek Pendidikan Islam.


Program yang dijalankan selama 2 jam ini (2.00 - 4.00 petang) dimulakan dengan siri ceramah teknik menjawab dan diikuti dengan bengkel. Semasa berbengkel pelajar diberikan tugasan, mereka perlu berbincang, menjawab soalan berdasarkan ceramah teknik yang diberi seterusnya mereka perlu mempersembahkan hasil tugasan tersebut. 


Semoga dengan adanya program ini pelajar dapat banyak manfaatnya dan dapat menjawab soalan PMR sebenarnya dengan baik

No comments:

Post a Comment