Friday 8 July 2011

PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH JPNS


Syabas & Tahniah kepada 4 orang pelajar yang telah mewakili sekolah dalam Program Pemantapan Akidah Belia Islam yang telah diadakan di Masjid Negeri, Negeri Sembilan pada 6 Julai 2011. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Islam N. Sembilan dan JPNS  dengan tujuan membentuk generasi belia berakhlak mulia dan mempunyai jatidiri yang tinggi dalam menghadapi ujian dan cabaran. Sepanjang program, pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Seremban diperdengarkan ceramah, video, dan berbengkel dengan isu-isu semasa.  Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Panitia Pendidikan Islam ingin mengucapkan syabas kepada pelajar-pelajar ini dan berharap mereka akan menjadi barisan perintis kepada kumpulan BADAR yang akan ditubuhkan kelak. Mereka ialah : 
1- Muhd Ismail B Mohamed Paid (4 UIA)
2- Muhd Hasif B. M Hanapiah (4 UIA)
3- Fiqri Hakim B. Zamri (4 UIA)
4- Mohd Nor Akmal B Mahadi (4 UPM)


No comments:

Post a Comment