Friday 29 July 2011

TAZKIRAH RAMADHAN : PN. RAFEAH YUSOF



TAHUKAH ANDA?

Keistimewaan  bulan Ramadhan dan peristiwa  besar berlaku di dalamnya:

*Bulan diturunkan kitab al-Quran .
*Satu-satunya nama bulan disebut dalam  Al-Quran.
*Kemenangan muslimin dalam  
  Peperangan Badar.      
*Kejayaan pembukaan Kota Mekah
*Berlakunya Malam Lailatul Qadar.
*Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul.
*Bulan rahmat untuk orang soleh.
*Pintu syurga dibuka
*Pintu neraka ditutup
*Penebus dosa-dosa hamba hingga  Ramadhan tahun berikutnya.

Perkara yang perlu diingat dan dibuat dalam dakapan Ramadhan:

1.Memelihara solat fardhu
2.Memelihara adab dan akhlak sesama manusia.
3.Memelihara lidah  dari percakapan sia-sia walaupun  untuk gurau senda.
4.Jangan terlalu banyak tidur di siang hari.
5.Tidak menonton rancangan TV yang mengurangkan pahala puasa dan banyakkan membaca al-Quran atau tadarus al-Quran.
6.Banyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan.
7.Elakkan pembaziran  ketika berbuka dan bersahur.
8.Berusaha mendapatkan malam Lailatul Qadar.
9.Malam 1 hingga 10 Ramadhan  menagih  rahmat Allah.
10.Malam 11 hingga 20 Ramadhan merayu keampunan Allah.
11. Malam 21 hingga 30 Ramadhan  dambakan syurga Allah dan berlindunglah dari neraka Allah.
12.Impikan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah sunat yang mengiringi Ramadhan al-Mubarak untuk semua warga muslim muslimah SMKTTJ ,semoga  dikurniakan limpahan rahmat dan keberkatan.Mudah-mudahan apabila keluar dari Universiti Ramadhan,anda adalah graduan yang memiliki ijazah taqwa.

No comments:

Post a Comment