Monday 17 September 2012

MAJLIS JALINAN MESRA AIDIL FITRI 2012

Pada 14 September (Jumaat) yang lalu sekali lagi satu majlis untuk meraikan Aidil Fitri diadakan oleh pihak sekolah iaitu Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri.


Program dimulai pada 7.15 pagi dengan aktiviti baca surah yasiin , diikuti solat dhuha dan solat hajat. Seterusnya para pelajar diberikan sedikit tazkirah pagi bagi memenuhi ruang waktu sementara kehadiran tetamu undangan. Tepat 9.30 pagi tetamu istimewa iaitu yang Berbahagia Dato Firdaus Harun ( Bekas ahli Parlimen Rembau) telah  hadir. Selain itu turut hadir Encik Hafis dan Encik Faisal dari Cosmopoint, Encik Mana dan Encik Asri Ninggal dari Maybank, Encik Aminuddin dari SKF, Cif Inspektor Jusman dari Balai Polis Senawang serta para tetamu kehormat lain yang berbesar hati meluangkan masa dalam majlis kami.

Tahniah kepada pihak penganjur khususnya Kelab Guru & Staf.




 
 








 







 


No comments:

Post a Comment