Sunday 12 August 2012

PROGRAM TADARUS PEMBUDAYAAN AL QURAN DAN TADARUS PERDANA KOMUNITI TTJ

Syukur dengan kehadratNya majlis yang dirancang sebelum ini berjaya dilaksanakan pada tarikh 8 Ogos 2012. Program yang julung kalinya diadakan berlainan sekali kerana program kali ini diadakan serentak di beberapa lokasi lain iaitu di SK Taman Tuanku Jaafar, SK Taman Tuanku Jaafar 2 dan di SMK Senawang. Program yang dihubungkan melalui Skype ini dibantu oleh pihak Cosmopoint, Seremban.

Antara objektif program adalah :
1-Menanamkan kesedaran akan kepentingan membaca Al-Quran
2-Menjadikan  pembacaan Al-Quran sebagai suatu budaya hidup
3-Menanamkan sikap suka sedekah di kalangan komuniti
4-Menjalin  dan Mengeratkan hubungan seluruh komuniti

Aturcara program :
5.00 petang - Pelajar dan guru mengambil tempat
5.15 petang - Sesi temubual antara lokasi
5.30 petang - Majlis Khatam Al Quran dan Tahlil Arwah
6.30 petang - Sesi temubual antara lokasi
7.25 malam - Berbuka Puasa
7.50 malam - Solat Mahgrib
8.10 malam - Sesi temubual antara lokasi
8.45 malam - Solat Isyak, tarawikh dan witir
9.45 malam - Ucapan Perasmian
10.00 malam - Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri
10.30 malam - Sidang Konferensi

















No comments:

Post a Comment