Sunday 20 May 2012

CERAMAH : 'UNTUKMU PALESTIN BUMI ISRAK'


Alhamdulillah...tanggal 18 Mei 2012 (Jumaat malam) telah berlangsung satu program ceramah iaitu Ceramah : UntukMu Palestin Bumi Israk". Ceramah yang disampaikan oleh Dr Zainur Rashid Bin Zainudin (Wakil AMAN, Palestin) nyata mendapat sambutan yang hangat kerana input yang telah dikongsikan sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam kepada seluruh warga SMKTTJ dan kariah surau AsSobirin yang hadir.


Antara objektif program tersebut adalah :
1- Untuk menggalakkan pelajar menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam penuh sejarah.
2- Supaya pelajar dapat menghayati kebesaran dan kelebihan bulan Rejab.
3- Menyemai rasa tanggungjawab membantu perjuangan jihad umat Islam Palestin melalui  kutipan tabung untuk Palestin.


Tentatif program malam tersebut :


7.00 malam - Guru, pelajar, ibu bapa mula berkumpul di Dataran Cendekiawan
7.20 malam - Solat Maghrib berjemaah & Solat Hajat (niat untuk kemenangan Islam di Palestin)
7.45 malam - Ucapan Pengetua SMKTTJ
7.50 malam - Persembahan nasyid
8.00 malam - Ceramah : Dr Zainul Rashid Bin Zainudin, (AMAN, Palestin)
9.30 malam - Solat Isyak berjemaah
9.40 malam - Penyampaian cenderemata kepada penceramah & Penyampaian sumbangan untukMu Palestin
9.50 malam - Jamuan Ringan dan majlis bersurai.


Alhamdulillah pada malam tersebut telah diserahkan wang sumbangan sebanyak RM2510.00 untuk Palestin... Kami berharap ada sinar yang indah untuk Mu Palestin.


Syukran Jazila kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program... jazakumullah khairan khathira..


Untuk mengetahui lebih lanjut  mengenai bumi Palestin pembaca bolehlah melayari blog penceramah iaitu : Blog Peduli Ummah 
http://zainurrashid.com/


 Sebahagian guru, pelajar, dan jemaah yang hadir






 Ucapan Pengetua SMKTTJ



 Kumpulan Nasyid turut membuat persembahan





Ceramah oleh Dr Zainur Rashid dengan bantuan paparan skrin besar



Sumbangan yang berjaya dikutip....terima kasih semua..






















  
Pameran turut diadakan pada malam tersebut....kami bersamamu Bumi Palestin...







No comments:

Post a Comment