Monday, 12 March 2012

NADWAH KEPIMPINAN BADAR

Syukur ke hadrat Ilahi kerana program Nadwah Kepimpinan Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR) telah dapat dilangsungkan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Mac 2012 di Maahad Ahmadi Gemencheh. Seramai 83 orang pelajar SMKTTJ telah menyertai program yang julung kalinya diadakan ini. 


Antara tujuan program ini adalah untuk :
1- Membentuk sahsiah yang positif di kalangan ahli BADAR
2- Meningkatkan keyakinan diri di kalangan ahli-ahli BADAR untuk menjadi pemimpin yang baik di sekolah.
3- Mewujudkan sikap bekerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli BADAR.


Sepanjang 3 hari 2 malam ini pelajar-pelajar dikendalikan oleh barisan fasilator yang berpengalaman iaitu pelajar-pelajar Tingkatan 6 (STAM) Maahad Ahmadi Gemencheh. Di sana mereka telah didedahkan dengan pelbagai pengisian yang banyak manfaatnya antaranya :
1- Solat Berjemaah setiap waktu (zikir munajat, bacaan Almathurat)
2- Sesi Taaruf & Ice breaking
3- Slot Tazkirah (Pengurusan masa, Tazkiyah An-Nafs, Adab Pergaulan)
4- Slot Ceramah (Tugas & Amanah Allah sebagai Khalifah Allah, Akhlak Pemimpin, Peranan Badar di sekolah)
5- Slot Bengkel (Kesempurnaan solat & Tugas Imam, Bacaan wirid selepas solat, azan & iqamat, Pengurusan Usrah, Kemahiran Public Speaking)
6- Kembara Malam
7- Qiyamullail
6- Sesi Muhasabah & resolusi.

Semasa majlis penutup, turut hadir ialah Tuan Pengetua SMKTTJ, Tn Omar bin Ahmad. Dalam ucapannya beliau amat berharap BADAR dapat berperanan aktif di SMKTTJ dalam mewujudkan Biah Hasanah (Iklim yang baik). Pengalaman BADAR di SMK Jelai Felda yang dikongsi bersama Ustaz Rizal Kamis diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada peserta yang hadir dan semua guru Pendidikan Islam.

Mengakhiri program semua peserta dihiburkan dengan alunan nasyid & persembahan qasidah dari pelajar-pelajar SMK Jelai Felda. 2 orang pelajar telah dinobatkan sebagai peserta terbaik iaitu Amir Ehsan bin Mohd Halimi ( 3UIA) dan Nurul Asyikin (4 UKM). Tahniah diucapkan.

Sekalung penghargaan & ucapan terima kasih kepada :
Tuan Pengetua
Guru-guru Penolong Kanan
Pengetua Maahad Ahmadi Gemencheh
Ustas Rizal Kamis (Guru Cemerlang P. Islam - SMK Jelai (F)
Guru-guru Panitia Pendidikan Islam
Barisan Fasilitator
Peserta Nadwah Kepimpinan
Semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung menjayakan program ini. 
Jazakullah khairan kathira.


Sebahagian gambar kenangan di sana...



























 


















Saturday, 10 March 2012

BENGKEL PMR SIRI 1 2012

Alhamdulillah, pada 8 Mac (Khamis) yang lalu telah berlangsung bengkel teknik menjawab PMR Pend Islam di Balai Seri Budiman. Sasaran pelajar untuk Siri 1 ini adalah pelajar kelas 3 UIA, UM, UKM, USM dn UPM. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada calon PMR 2012 teknik menjawab dan penulisan bagi subjek Pendidikan Islam.


Program yang dijalankan selama 2 jam ini (2.00 - 4.00 petang) dimulakan dengan siri ceramah teknik menjawab dan diikuti dengan bengkel. Semasa berbengkel pelajar diberikan tugasan, mereka perlu berbincang, menjawab soalan berdasarkan ceramah teknik yang diberi seterusnya mereka perlu mempersembahkan hasil tugasan tersebut. 


Semoga dengan adanya program ini pelajar dapat banyak manfaatnya dan dapat menjawab soalan PMR sebenarnya dengan baik .

 Ceramah oleh Pn. Asyirah Haji Zakaria


 Pelajar mendengar tips -tips untuk cemerlang

 Pelajar berbingcang dalam bengkel





Tuesday, 6 March 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Pada 3 hb Mac 2012, telah berlangsung Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform peringkat sekolah di Dataran Setia, SMK Taman Tuanku Jaafar.  Sebanyak 13 platun mewakili badan uniform masing-masing telah mengambil bahagian di dalam pertandingan yang julung kalinya di sekolah ini.

Setiap pasukan dikehendaki membuat kawad statik, kawad dinamik dan formasi di dalam masa 15 minit. Seramai 5 orang hakim jemputan telah mengadili pertandingan ini dan diketuai oleh Ketua hakim, Mejar KRS Nor Zaman bin Abu Hassan.


Pihak Panitia Pen. Islam ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya, khususnya pasukan di bawah :
Kategori Lelaki :
Johan - PBSM
Naib Johan - Kadet Bomba
Ketiga  - Pengakap

Kategori Perempuan :
Johan - KRS
Naib Johan - Pandu Puteri
Ketiga - Kadet Polis